-->

Type something and hit enter

Translate


On
Contoh Karangan UPSR - Membeli-Belah Di Pasar Raya

Pada suatu hari Ahad, saya telah mengunjungi Pasar Raya Melaka untuk membeli-belah. Pasar raya itu penuh sesak dengan pembeli pelbagai kaum.

Pasar raya ini bertingkat tiga. Di tingkat bawah ialah bahagian yang menjual makanan tin, minuman dan barang-barang keperluan dapur. Harga barang-barang yang dijual di situ adalah berpatutan. Di tingkat kedua ialah bahagian yang menjual pakaian. Di tingkat ketiga terdapat alat-alat tulis, alat- alat sukan, alat-alat elektrik dan alat mainan untuk kanak-kanak.

Setelah memilih barang-barang yang saya perlukan, saya pun pergi ke kaunter pembayaran untuk membayar. Disebabkan pembeli terlalu ramai, saya terpaksa beratur. Saya dapati di pasar raya itu ada seorang pengawal keselamatan sedang bertugas. Dia akan menangkap sesiapa yang mengambil barang tanpa membuat bayaran.

Setelah membayar harga barang-barang yang saya beli itu, saya pun meninggalkan pasar raya itu.

Back to Top