-->

Type something and hit enter

Translate


On
Syarat Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh SBP 2018 | Syarat baharu kelayakan kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) ambilan tahun 2018? Berdasarkan pelaksanaan kokurikulum dan format peperiksaan baharu bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), KPM menetapkan syarat baharu minimum 3A 3B dalam UPSR bagi kemasukan pelajar ke Tingkatan Satu Sekolah Berasrama Penuh tahun 2018. Disini MyBelajar kongsikan syarat kemasukan SBP tahun 2018.
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang syarat kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2018 termasuk syarat akademik :

Syarat Umum Pemilihan SBP 2018


1. Murid mestilah warganegara Malaysia
2. Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang bertauliah, sihat tubuh badan dan bebas daripada sebarang penyakit kronik.
3. Bersetuju menerima Sekolah Berasrama Penuh yang ditawarkan dan menerima aliran yang ditetapkan.
4. Memperoleh keputusan akademik cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi murid Tahun 6.
5. Aktif dalam kokurikulum.

Syarat Akademik Kemasukan ke Tingkatan 1 SBP 2018


1. Minimum 3A dan 3B.
2. Sekurang-kurangnya subjek Matematik Sains dan Bahasa Melayu wajib dapat A. Semoga perkongsian ini dapat membantu pelajar untuk membuat Permohonan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh SBP 2018. Selamat maju jaya.

Back to Top