-->

Type something and hit enter

Translate


On
Syarat Kemasukan Sekolah Menengah Teknik | Anda berminat untuk memasuki Sekolah Menengah Teknik? Bagi pelajar Tingkatan 3 dan juga lepasan PT3 2017, anda boleh membuat permohonan kemasukan Sekolah Menengah Tinggi sesi 2018 yang telah dibuka 10 Oktober 2017 hingga 20 Disember 2017. Di bawah dikongsikan adalah syarat kelayakan kemasukan Sekolah Menengah Teknik (SMT) sesi 2018.
Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur

Syarat Kemasukan Sekolah Menengah Teknik 2018


Berikut adalah syarat kelayakan kemasukan Sekolah Menengah Teknik 2018 bagi pelajar Tingkatan 3 2017 :
● Calon adalah Warganegara Malaysia 
● Calon mestilah murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan / Sekolah Bantuan Kerajaan di bawah kelolaan KPM 
● Calon telah menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Tahun 2017 yang 
merangkumi Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan 
Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) serta Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) 
● Calon sihat tubuh badan 
● Calon mestilah tiada sebarang kecacatan atau kecederaan atau sejarah penyakit atau 
penyakit-penyakit yang mengehadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali 
● Calon mestilah TIDAK RABUN WARNA/BUTA WARNA 
● Calon bebas daripada masalah mental 
● Calon berminat dengan program dipohon.
Semoga perkongsian ini membantu anda untuk membuat Permohonan Kemasukan ke Sekolah Menengah Teknik (SMT) ambilan Januari 2018. Selamat maju jaya.
Back to Top