1. IKBN
Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara(IKTBN) merupakan sejenis institusi berteraskan kemahiran yang bernaung di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
Antara kursus yang diajar adalah seperti elektronik industri, audio video dan teknologi komputer.
Kursus latihan ini biasanya mengambil masa di antara 18 bulan hingga 36 bulan mengikut bidang kemahiran.
Pelatih yang berjaya akan mendapat sijil dari Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan.
2. ADTEC
Apa itu ADTEC?
ADTEC (Advanced Technology Training Center) atau Pusat Latihan Teknologi Tinggi adalah salah satu institut kemahiran di bawah Jabatan Tenaga Manusia di Kementerian Sumber Manusia.
Institut lain yang bernaung di bawah jabatan yang sama adalah Institut Latihan Perindustrian (ILP)(KLIK DI SINI) danInstitut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI). Tujuan penubuhan ADTEC adalah untuk melahirkan tenaga kerja mahir yang optimum demi keperluan sektor perindustrian negara.
3. JMTI
Institut Teknikal Jepun - Malaysia (Inggeris: Japan Malaysia Technical Institute, JMTI) adalah sebuah institut yang telah ditubuhkan dengan kerjasama teknikal antara Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Jepun.
JMTI ditubuhkan bertujuan melahirkan tenaga kerja yang berketerampilan dan berpengetahuan dengan menyediakan latihan kemahiran di peringkat tinggi dalam bidang teknologi termaju sejajar dengan keperluan teknologi semasa dalam sektor perindustrian.
Kampus JMTI terletak di Taman Perindustrian Bukit Minyak, Seberang Perai, Pulau Pinang.
Institut ini menawarkan kursus di tahap diploma teknologi kejuruteraan dan berupaya mengeluarkan ahli teknologi yang berwawasan, berdaya kreatif dan beretika tinggi dalam pelbagai bidang kemahiran.
4. ILP
Apa itu ILP?
ILP adalah Institut Latihan Perindustrian dibawah Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia.
Institut Latihan Perindustrian (ILP) merupakan sejenis institut latihan untuk melahirkan tenaga mahir untuk memenuhi permintaan sektor perindustrian di Malaysia
Berapakah jangkamasa untuk mengikuti latihan tersebut?
Jangkamasa yang ditetapkan adalah antara 1 tahun hingga 3 tahun 6 bulan. Namun ia bergantung kepada program yang ingin diikuti.
5. Kolej Komuniti
Apa itu Kolej Komuniti? Kolej Komuniti adalah di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Malaysia yang ditadbir urus oleh Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti.
Kolej ini sebenarnya adalah sebuah institusi yang menyediakan keperluan latihan dan kemahiran pada semua peringkat umur serta memberi peluang pendidikan kepada lepasan menengah sebelum diserap ke pasaran tenaga kerja tempatan atau terus melanjutkan pendidikan ke peringkat lebih tinggi di Kolej Komuniti.
Kolej Komuniti juga berperanan membuka lebih banyak peluang kepada masyarakat setempat (masyarakat Komuniti) untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran selaras dengan objektif penubuhan Kolej Komuniti.
Secara ringkasnya Kolej Komuniti ditubuhkan khas untuk masyarakat setempat dan para pelajar lepasan SPM yang ketinggalan atau tidak layak ke IPT atau hanya sekadar lulus SPM sahaja. Syarat kemasukkan yang rendah ini sangat membantu dan memberi peluang kedua kepada para lepasan SPM untuk persediaan ke alam pekerjaan.
6. Politeknik
Politeknik atau institut teknologi biasanya merujuk kepada institut pengajian tinggi yang mengkhusus dalam bidang teknologi, pendidikan vokasional atau campuran keduanya.
bertujuan melahirkan para lulusan di peringkat separa profesional dalam bidang kejuruteraan, perdagangan, hospitaliti, ICT dan perkhidmatan.
Politeknik ada tiga,
A) Politeknik konvensional
B) Politeknik primer
C) Politeknik metro
Politeknik Premier adalah politeknik yang setanding dengan universiti. Pengambilan pelajar hanya menerima pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM. Politeknik Premier juga menjalankan program pengajian pada peringkat Diploma, Diploma Lanjutan dan juga Ijazah Sarjana.
Permohonan adalah melalui UPU Online dan juga terbuka kepada golongan sepenuh masa dan separuh masa.
Politeknik Konvensional adalah politeknik biasa seperti yang kita kenali sebelum ini. Pengambilan adalah pelajar lepasan SPM, yang menawarkan program pengajian pada peringkat Sijil dan juga Diploma. Terbuka kepada pelajar sepenuh masa atau pun separuh masa. Permohonan boleh dibuat melalui UPU Online.
Politeknik Metro adalah politeknik yang ditubuhkan bagi memenuhi keperluan sosio ekonomi tempatan dan wilayah dalam bidang tertentu. Sasaran pelajar adalah lepasan SPM dan golongan pekerja yang memerlukan upskill dan re-skilling.
Mengutamakan kaedah Blended Learning (Pembelajaran Teradun) dan menjurus ke arah Open Distance Learning (ODL) dalam kerangka e-pembelajaran.
7. BLKP
Bahagian Latihan Kemahiran Pertanian (BLKP)
Program ini khusus memberi peluang kepada mereka yang tidak dapat atau tidak minat meneruskan pengajian akademik masing-masing tetapi mempunyai komitmen/kesungguhan/kudrat untuk mengikuti latihan kemahiran (competency based training) dalam bidang pertanian.
Tempoh latihan bagi Tahap 1 ialah selama 6 bulan. Tujuan program latihan ini ialah untuk melatih calon menjadi pekerja mahir agar boleh memulakan sesuatu perusahaan atau menjadi usahawan, bukan untuk memohon kerja di jabatan/agensi kerajaan. Sebanyak 7 kursus latihan kemahiran disediakan:
-Sayuran
-Buahan
-Akuakultur
-Perikanan Tangkapan
-Ruminan (lembu & kambing)
-Pemprosesan Makanan
-Pemasaran
8. IKM
IKM / KKTM diwujudkan dengan tujuan untuk melahirkan belia Bumiputera yang berkemahiran dalam pelbagai bidang teknikal dan kemahiran bagi melayakkan mereka berkhidmat dalam sektor perdagangan, perusahaan dan perindustrian disamping mewujudkan bakal-bakal usahawan.
Perlaksanaan latihan dijalankan dengan cara mengadakan berbagai kursus di dalam berbagai bidang yang dijalankan di IKM / KKTM di seluruh negara. IKM yang pertama ditubuhkan adalah pada tahun 1968 iaitu IKM Melaka yang pada masa itu ditempatkan di Jalan Hang Tuah, Melaka.
9. KKTM
Ini mencetuskan IKM dinaiktaraf menjadi Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) bagi pusat-pusat yang menjalankan program diploma iaitu di KKTM Pasir Mas, KKTM Petaling Jaya dan KKTM Balik Pulau.
Dengan ini, KKTM bukan sahaja merupakan salah satu aliran pilihan secara langsung bagi pelajar-pelajar yang tamat SPM atau SPM(V) tetapi juga memberi peluang pelatih lepasan IKM melanjutkan pelajaran mereka di peringkat diploma.