-->

Type something and hit enter

Translate


On
Rasanya group sebelah dh jawab.. Hehe.. Tapi saya jawab jugk😁

Soal Jawab Soalan di Dalam Sistem Aplikasi Unit Pengurusan Universiti (UPU)

1. Adakah anda bersetuju untuk ditempatkan ke tempat selain pilihan anda?

Jika anda tandakan “ya” untuk soalan ini, katakan kelak ketika keputusan UPU keluar, awak tak dapat mana-mana tawaran daripada 8 pilihan tu. UPU akan memberi tawaran jurusan lain, bergantung kepada kekosongan jurusan secara rawak. Dan akhirnya, awak akan mendapat tawaran universiti daripada UPU, tapi bukan untuk jurusan yang awak mohon. Awak tidak layak memohon Rayuan selepas itu kerana Rayuan hanya untuk pelajar yang tidak menerima apa-apa tawaran sahaja. Kalau awak dah terima tawaran, tidak kira itu jurusan yang awak minat atau tak, awak tak layak mohon Rayuan.

Pentingnya di sini, untuk menandakan “Tidak” untuk butang soalan di atas. Kelak jika anda tidak mendapat tawaran apa-apa daripada UPU, sistem akan memberi laluan kepada anda untuk memohon Rayuan.

2. Adakah anda bersetuju untuk menerima sebarang hebahan maklumat melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS)?

Jika anda tandakan ya, anda akan menerima SMS. Contoh seperti, jika anda tidak melengkapkan permohonan sebelum tarikh tutup, UPU akan menghantar SMS untuk anda kemaskini dan lengkapkan permohonan anda. UPU tidak akan menghantar SMS untuk tawaran UPU. Pihak Schoollah Malaysia sarankan tandakan “Ya” untuk soalan ini.

3. Adakah anda bersetuju untuk menerima Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) PTPTN?

Pelajar yang tandakan “Ya” untuk soalan ini akan menerima cek (cheque) daripada PTPTN berjumlah RM1,500 untuk membeli keperluan sebelum masuk ke universiti. Diingatkan, ini bukan wang percuma. Kelak, selepas tamat belajar, anda diwajibkan membayar balik + interest, tidak kisah anda memohon PTPTN atau tidak. Jika anda menunaikan cek (cheque) tersebut, secara automatik, PTPTN akan menyimpan data anda (anda berhutang dengan pihak mereka RM1,500).

“Boleh ke saya tunaikan, tapi nanti saya tak mohon PTPTN sebab dapat Asasi. Asasi kan dapat elaun. Saya nak pakai duit untuk beli barang masuk universiti.”

Ya, boleh tunaikan. Tetapi kelak, saat anda habis belajar Degree, penyata hutang akan dihantar kepada anda untuk membayar.

“Kalau saya tandakan “Ya” pada soalan itu, tapi nanti masa menerima cek (cheque) tu, saya tak pergi tunaikan, boleh ke?”

Boleh, anda boleh tandakan “Ya” untuk soalan ini sekarang, dan nanti saat menerima cek (cheque) tersebut di rumah, anda boleh saja abaikan dan buang. Tiada apa-apa masalah. Jika anda tidak tunaikan cek tersebut dalam masa 3 bulan, secara automatik, cek itu hanya sekadar kertas tiada nilai. Dan PTPTN tak akan keluarkan apa-apa penyata hutang kepada anda.

4. Adakah anda bersetuju untuk membenarkan data peribadi anda dibekalkan untuk kegunaan Kementerian Pendidikan Tinggi?

Tandakan “Ya” jika anda bersetuju jika KPT sebarkan data anda (alamat, nombor kad pengenalan,  dan sebagainya) kepada pihak lain.Contohnya seperti IPTS.

4. Adakah anda BERMINAT dengan empat (4) Universiti Berkaitan Kerajaan (GLU) iaitu UTP, MMU, UNITEN, dan UNIKL?

UPU akan memberi tawaran universiti daripada GLU jika anda menepati syarat asas & khas IPT berkenaan. Diingatkan, UPU hanya akan membantu anda mendapatkan tawaran universiti, bukan tawaran penajaan. Penajaan dan yuran pengajian ditanggung oleh para pelajar. Jalan alternatif ialah, memohon biasiswa daripada agensi lain untuk mendaftar di GLU. Semua itu haruslah dimohon oleh para pelajar sendiri. UPU hanya membantu mendapatkan tawaran penempatan di GLU sahaja.

“Kalau saya tandakan “Ya”, adakah 8 pilihan UPU saya akan terjejas dan UPU bagi tawaran GLU kepada saya? Saya tak berkemampuan nak masuk GLU.”

Tidak, pilihan UPU dan pilihan GLU adalah 2 benda berbeza. Jika anda mendapat tawaran UPU daripada 8 pilihan anda, UPU tidak akan tawarkan tawaran penempatan GLU. Penempatan GLU akan diberikan kepada pelajar yang gagal mendapat penempatan di IPTA sahaja. Jangan risau. GLU adalah inisiatif kerajaan untuk mengurangkan kadar keciciran pembelajaran di kalangan pelajar lepasan sekolah.
Back to Top