-->

Type something and hit enter

Translate


On
Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP)

Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) berjumlah RM1,500.00 bagi persediaan pelajar sebelum mendaftar di IPTA dan Politeknik.

Syarat-Syarat Pemberian WPP

Pelajar harus memenuhi kriteria seperti berikut:

Pelajar telah membuat persetujuan menerima WPP;

Pelajar adalah Warganegara Malaysia;

Ibu bapa/ Penjaga/ Pelajar adalah Penerima Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR);

Pelajar ditawarkan pengajian bagi peringkat pengajian Diploma atau Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa di IPTA dan Politeknik sahaja;

Pelajar tidak mempunyai hutang WPP.Kaedah Menunaikan WPP

Surat tawaran WPP boleh dicetak daripada portal rasmi PTPTN.

Tempoh sahlaku tawaran adalah 2 bulan dari tarikh dikeluarkan.

Tawaran WPP hanya boleh ditunaikan oleh pelajar di mana-mana kaunter Bank Islam dengan membawa dokumen berikut:

Surat tawaran WPP yang dicetak daripada portal rasmi PTPTN

MyKad pelajar (Wakil adalah tidak dibenarkan)

WPP merupakan sebahagian daripada pinjaman yang diberikan sebagai pendahuluan sebelum pelajar mendaftar masuk ke IPT. Pemotongan sebanyak RM500.00 setiap semester daripada jumlah pinjaman PTPTN akan dibuat secara automatik apabila pinjaman diluluskan.
Back to Top