-->

Type something and hit enter

Translate


On
ASASI SAINS

Asasi sains ni UiTM, UMS dan UKM (dikenali sebagai Asasi Pintar ) je yang tawarkan. Asasi sains ni dia umum sebab dia belajar semua tentang sains dan dia tak spesifik. Jadi masa Ijazah Sarjana Muda, you olls boleh ambik semua kos yang berkaitan


· Perubatan
· Pergigian
· Farmasi
· Sains Gunaan ( Biologi, Kimia, Fizik)
· Sains Kesihatan ( Teknologi Makmal Perubatan,
Jururawat, X-tray )
· Sains Sukan & Rekreasi ( Sains Sukan, Pengurusan
Sukan )
· Sains Komputer dan Matematik ( Sains Teknologi
Maklumat, Sains Komputer Multimedia )
· Kejuruteraan ( Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Kimia )
· Sains dan Teknologi ( Sains Sekitaran, Kimia Industri )
· Sains Makanan dan Pemakanan ( Teknologi Makanan &
Bioproses & Perkhidmatan makanan)
· Perhutanan Tropika Antarabangsa ( Teknologi dan Industri
Serat Kayu )
· Sains Informatik Labuan ( Teknologi Multimedia dan E-
Dagang )
· Pertanian Lestari ( Pengeluaran Tanaman, Pengeluaran
Ternakan )
· Pendidikan dan Pembangunan Sosial ( Pendidikan Jasmani
)
· Psikologi dan Kerja Sosial ( Psikologi)


ASASI KEJURUTERAAN


Universiti yang tawarkan asasi kejuruteraan ialah UiTM, UiAM ( Asasi Kejuruteraan dan Sains Komputer ) dan UPNM. Kalau asasi kejuruteraan mestilah spesifik kat kejuruteraan. Pendek cerita belajar nak jadi Jurutera la. Jadi masa Ijazah Sarjana Muda, you olls boleh ambik,
· Kejuruteraan ( Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Kimia)
· Sains dan Teknologi ( Sains Sekitaran, Kimia Industri )
· Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( Teknologi
Maklumat, Sains Komputer )

ASASI TESL


Universiti yang tawarkan asasi tesl ialah UiTM dan UiAM ( Asasi Bahasa Inggeris ). Asasi TESL ni memang fokus dengan belajar Bahasa English je. Kira jadi Pensyarah Bahasa Inggeris la . Jadi masa Ijazah Sarjana Muda, you olls boleh ambik,
· Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (kepujian) TESL
· Ijazah Sarjana Muda Sains Kemanusiaan (Kepujian) dalam Kesusasteraan Bahasa Inggeris, dan Linguistik  

ASASI UNDANG-UNDANG DAN SYARIAH


Universiti yang tawarkan asasi undang-undang ialah UiTM , UiAM, UM ( Asasi Syariah ) dan USIM ( Tahmidi Syariah dan Undang-Undang ). Asasi Undang-undang ni fokus lebih kepada undang-undang, kalau nak pendekkan jadi Peguam, Hakim. Kalau Syariah pulak lebih kepada undang-undang Islam. Nanti boleh jadi Peguam Syariah.Jadi masa Ijazah Sarjana Muda, you olls boleh ambik,
· Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian)
· Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Syariah) (Kepujian)
· Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Undang-Undang
· Ijazah Sarjana Muda Syariah Fiqh dan Usul
· Ijazah Sarjana Muda Syariah Syariah dan Undang-Und
· Ijazah Sarjana Muda Syariah Siasah Syar'iyyah
· Ijazah Sarjana Muda Syariah Syariah dan Ekonomi 

ASASI SAINS HAYAT

Universiti yang menawarkan asasi sains hayat ni UM, UniMaS, dan UiAM. Asasi ni dia lebih kepada perubatan. Beza asasi ni dengan asasi sains ialah asasi sains hayat tak boleh ambik kejuruteraan, tapi asasi sains boleh ambik dalam bidang perubatan, bidang kejuruteraan dan kos-kos lain yang berkaitan. Jadi kalau ambik kos ni memang boleh jadi Doktor la lepas dah abis ijazah. Jadi masa Ijazah Sarjana Muda, you olls boleh ambik,
· Perubatan
· Pergigian
· Bio-Perubatan
· Farmasi
· Kejuruteraa n
· Sains Komputer
· Sains
· Sains dan Pendidikan
· Teknologi Maklumat
· Senibina
· Ukur Bahan
· Ukur Bangunan
· Pengurusan Hartanah
· Kejururawatan
· Bioteknologi Sumber
· Kimia Sumber
· Sains dan Pengurusan Sumber Akuatik
· Sains dan Pengurusan Sumber Tumbuha
· Sains dan Pengurusan Sumber Haiwan
· Pembangunan Sumber Manusia
· Sains Kognitif
· Bioteknologi

ASASI SAINS FIZIKAL

Universiti yang menawarkan asasi sains fizikal ni UM, UniMaS, dan UiAM. Asasi ni dia lebih kepada kejuruteraan dan teknologi. Beza asasi ni dengan asasi sains ialah asasi sains fizikal tak boleh ambik perubatan , tapi asasi sains boleh ambik dalam bidang perubatan, bidang kejuruteraan dan kos-kos lain yang berkaitan. Jadi kalau ambik kos ni memang boleh jadi Jurutera, Juruteknologi la lepas ambik ijazah. Jadi masa Ijazah Sarjana Muda, you olls boleh ambik,
· Kejuruteraan
· Sains
· Sains dan Pendidikan
· Sains Komputer
· Teknologi Maklumat
· Senibina
· Ukur Bahan
· Ukur Bangunan
· Pengurusan Hartanah    

ASASI PERUBATAN
Universiti yang menawarkan asasi perubatan ialah UIAM, UPNM dan USIM( Tahmidi Perubatan). Asasi ni dia lebih kepada perubatan, sudah tentu. Confirm you olls jadi Doktor Perubatan kalau masuk kos ni. Jadi masa Ijazah Sarjana Muda, you olls boleh ambik,
· Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan(MBBS)
Tapi hanya boleh apply Doktor(mbbs) di Universiti yang melalui Asasi itu sahaja

ASASI PERGIGIAN
Universiti yang menawarkan asasi pergigian ialah UIAM dan USIM( Tahmidi Pergigian). Asasi ni dia lebih kepada pergigian, sudah tentu. Confirm you olls jadi Doktor Gigi a.k.a Dentistry kalau masuk kos ni. Jadi masa Ijazah Sarjana Muda, you olls boleh ambik,
· Ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian
· Ijazah Sarjana Muda Pergigian                                                                                           Tapi hanya boleh apply ijazah pergigian di Universiti yang melalui Asasi itu sahaja

ASASI SAINS KESIHATAN (hanya di UIAM)
Asasi ni dia lebih kepada sains kesihatan, sudah tentu. Bila dah ijazah sarjana muda boleh jadi Pegawai X-tray, Pegawai Teknologi Makmal Perubatan, Pegawai Optometrik, atau Pegawai Dietetik kalau masuk kos ni. Jadi masa Ijazah Sarjana Muda, you olls boleh ambik,
· Ijazah Sarjana Muda Radiografi dan Pengimejan Diagnostik ( Kepujian )
· Ijazah Sarjana Muda Audiologi ( Kepujian )
· Ijazah Sarjana Muda Dietetik ( Kepujian )
· Ijazah Sarjana Muda Optometri ( Kepujian )

ASASI KEJURURAWATAN
. Asasi ni dia lebih kepada kejururawatan, sudah tentu. Kalau masuk kos ni you olls boleh jadi jururawat atau medical assisant. Jadi masa Ijazah Sarjana Muda, you olls boleh ambik,
· Ijazah Sarjana Muda Kejururawatan (Kepujian)


ASASI FARMASI
Asasi ni dia lebih kepada farmasi, sudah tentu. Kalau memang nak jadi Pegawai Farmasi masuk kos ni untuk diploma. Pastu masa Ijazah Sarjana Muda, you olls boleh ambik,
· Ijazah Sarjana Muda Farmasi (Kepujian)

Back to Top