-->

Type something and hit enter

Translate


On
TAWARAN PENAJAAN
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM
BAGI MENGIKUTI PENGAJIAN KE LUAR NEGARA

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan serta memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2018 untuk memohon penajaan bagi mengikuti program pengajian seperti berikut:

i. PROGRAM KHAS JEPUN, KOREA, PERANCIS DAN JERMAN (JKPJ) TAHUN 2019

Pengajian peringkat ijazah pertama di negara Jepun, Korea, Perancis dan Jerman dalam bidang kejuruteraan, sains dan teknologi dan sains sosial.

Calon yang berminat perlu memohon secara atas talian (online) mulai 11 Mac 2019 sehingga 20 Mac 2019 di http://www.jpa.gov.my atau http://esilav2.jpa.gov.my/.

ii. PROGRAM PENAJAAN NASIONAL (PPN) TAHUN 2019

Penajaan kepada pelajar cemerlang SPM Tahun 2018.

Senarai nama pelajar yang dikenal pasti dijangka akan dipaparkan di portal http://esilav2.jpa.gov.my/ pada 15 Mac 2019.

Calon yang tersenarai boleh mengisi profiling penajaan pada tarikh berkenaan di pautan portal yang sama.

Pengajian peringkat ijazah pertama di Universiti Terkemuka di Amerika Syarikat dan United Kingdom dalam bidang berikut:

a. Technology (Biotechnology, Nanotechnology, Neurotechnology, Green Technology, Digital Technology)
b. Agriculture & Forestry
c. Biological Sciences
d. Computer Science
e. Economics & Econometrics
f. Geology, Environmental, Earth & Marine Sciences
g. Mineral & Mining Engineering
h. Mechanical & Aerospace Engineering

Untuk maklumat lanjut berkaitan program pengajian dan syarat penajaan JPA, sila layari http://esilav2.jpa.gov.my/. Sekiranya masih terdapat sebarang kemusykilan, sila hubungi talian 03-8885 3297 yang akan beroperasi mulai 11 Mac 2019 hingga 20 Mac 2019 (hari bekerja) dari jam 9:00 pagi hingga jam 4:30 petang.
Back to Top