-->

Type something and hit enter

Translate


On
Contoh Karangan UPSR - Pameran Buku

Pada cuti penggal yang lalu, saya telah mengunjungi satu pameran buku di Dewan Perbandaran Negeri Sembilan.

Dalam pameran itu terdapat buku-buku bahasa Cina, bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris. Isi kandungan buku-buku itu meliputi pelbagai bidang. Ada buku-buku sains, buku-buku cerita, buku-buku rujukan untuk peperiksaan, buku-buku teks dan buku-buku bergambar khas untuk kanak-kanak.

Ada juga ibu bapa membawa anak-anak ke pameran buku. Kanak-kanak suka membaca buku-buku bergambar, buku komik dan buku cerita.

Buku-buku yang dijual di dalam pameran buku itu semuanya diberi potongan harga dari sepuluh peratus hingga tiga puluh peratus. Oleh itu ramai orang datang mengunjungi pameran buku itu. Dewan pameran itu penuh sesak dengan pengunjung-pengunjung pelbagai kaum.

Saya telah membeli beberapa buah buku rujukan untuk peperiksaan UPSR dan tiga buah buku cerita. Lepas itu saya pun pulang dengan menaiki bas.

Back to Top