-->

Type something and hit enter

Translate


On
LATAR TEMPAT :    

1. Kedai Koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan

    iaitu sebuah bilik yang menjual beraneka barang untuk kegunaan murid. Di tempat itulah Razali dan rakan-rakan bertugas menjaga dan menguruskan kedai sehinggalah koperasi tersebut terpilih sebagai koperasi terbaik di peringkat kebangsaan.

2. Rumah di pinggir sawah

    iaitu rumah keluarga Razali yang didiami oleh ibunya, Mak Sopiah dan bapa tirinya, Pak Zakaria.

3. Maktab Kerjasama Malaysia, Petaling Jaya

    iaitu sebuah tempat yang dikunjungi oleh Razali selama seminggu untuk mendalami ilmu yang berkaitan dengan koperasi.

4. Sebuah pondok di tengah sawah

    iaitu tempat yang selalu dikunjungi oleh Razali untuk mengulang kaji pelajaran secara sendirian atau bersama dengan rakan-rakannya.

Back to Top