Contoh Karangan Autobiografi UPSR - Aku Sebuah Kamus
Aku adalah sebuah kamus Bahasa Malaysia. Tebal aku ialah 500 halaman. Aku dipamerkan di sebuah kedai buku. Harga aku ialah lima ringgit.
Pada suatu petang, seorang murid masuk ke dalam kedai buku. Dia sedang mencari-cari di rak buku di mana aku dan kawan-kawan lain dipamerkan. Nampaknya dia hendak membeli sebuah kamus. Tiba-tiba dia mengambil aku dari rak buku. Dia membelek-belek aku buat seketika. Akhirnya dia pun membeli aku dari kedai buku itu.
Murid itu membalut aku dengan kertas plastik. Sejak hari itu dia pun selalu menggunakan aku. Apabila dia tidak faham sesuatu perkataan, dia pun merujuk kepada aku untuk mendapat makna perkataan itu.
Dia sangat sayang kepada aku. Dia menyimpan aku dalam beg sekolahnya. Dia membawa aku ke sekolah tiap-tiap hari. Aku berasa bangga kerana dapat berkhidmat kepada murid yang rajin itu.