Contoh Karangan PT3
Amalan Gaya Hidup Sihat
Isu-isu yang berkaitan dengan amalan gaya hidup sihat kerap diperkatakan oleh doktor dan pakar kesihatan. Amalan gaya hidup sihat akan membolehkan seseorang itu hidup sihat sepanjang hayat. Pada pandangan saya, tidak wajar kita mengambil mudah tentang amalan gaya hidup sihat. Terdapat beberapa amalan yang berkaitan dengan gaya hidup sihat.
Antara amalan gaya hidup sihat ialah menjaga pemakanan seharian kita. Oleh itu, kita hendaklah mengamalkan makanan seimbang. Pemakanan seimbang membolehkan tubuh badan kita sihat dan tidak terlalu gemuk. Pemakanan yang tidak seimbang akan menyebabkan badan kita mendapat pelbagai jenis penyakit seperti darah tinggi. penyakit jantung dan kencing manis.
Selain itu, kita juga hendaklah rajin bersenam atau beriadah. Dengan melakukan aktiviti senaman, jantung akan menjadi sihat dan kuat. Sisa toksik dalam badan pula akan keluar melalui peluh kita semasa bersenam. Senaman yang kita lakukan juga akan membolehkan darah mengalir dengan baik dan menguatkan lagi otot-otot badan.
Amalan gaya hidup sihat seterusnya ialah menjaga kebersihan rumah dan persekitaran. Tempat-tempat yang membolehkan nyamuk membiak mestilah dihapuskan. Segala sampah sarap hendaklah dibuang ke tempat yang dikhaskan. Jangan sesekali membuang sampah sarap ke dalam sungai atau dibakar di luar rumah kerana ia boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar.
Di samping itu, kita juga hendaklah membuat pemeriksaan kesihatan. Pemeriksaan kesihatan ini boleh dibuat di hospital kerajaan atau swasta. Dengan mengetahui tahap kesihatan kita, kita boleh mengambil langkah tertentu bagi memastikan kesihatan kita terus berada dalam keadaan yang baik. Pemeriksaan kesihatan ini boleh dibuat dua kali setahun.
Kita juga mesti menjauhi perbuatan yang boleh menjejaskan kesihatan. Antara perkara yang boleh menjejaskan kesihatan ialah menghisap rokok, minum arak dan menagih dadah. Tabiat menghisap rokok boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit paru-paru dan jantung. Manakala penagihan dadah boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit berbahaya seperti penyakit AIDS.
Sebagai kesimpulan, terdapat beberapa amalan yang patut kita Iakukan untuk membolehkan kita hidup sihat. Amalan gaya hidup sihat ini mesti dipupuk oleh ibu bapa sejak anak mereka masih kecil lagi. Pada pendapat saya, pihak media massa boleh memainkan peranan untuk mengajak masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat. Sesungguhnya kesihatan yang baik lebih bernilai daripada harta benda.