-->

Type something and hit enter

Translate


On
Ramai lepasan SPM masih buntu membezakan antara Asasi, Matrikulasi, STPM, STAM, Diploma dan Sijil Kemahiran. Sini nak kabo.



Asasi – Jika rasa anda boleh catch-up silibus dengan cepat dan pandai uruskan masa antara belajar dan bermain, go ahead. Asasi suits you well. Program asasi adalah selama 1-1.5 tahun, ikut university pilihan. Selepas habis asasi, boleh terus masuk Ijazah di university yang sama. For instance, pelajar Asasi Ekonomi dan Pengurusan di UIA boleh menyambung pengajian dalam Ijazah di UIA (Accounting, Economics, etc). Tak perlu isi UPU dah unless kalau nak tukar university for degree (rare cases). Keburukan asasi ialah, jika anda tak dapat catch up the silibus and dapat CGPA tak berapa memuaskan for the whole asasi,anda mungkin dapat ijazah lelong. Ijazah lelong ni maknanya, dapat ijazah yang bukan bidang yang sama dalam asasi. Kalau tak nak ijazah lelong, repeat balik macam budak SPM. Jika failed asasi, sijil anda tak laku, kena repeat balik macam student SPM. Rugi setahun atau 1.5 tahun anda. Jika anda fast-learner ataupun your time management is quite good, then I recommend you to take Asasi.


Matrikulasi – Matrikulasi sama sahaja konsep seperti Asasi. Cumanya, lepasan Matrikulasi untuk menyambung ijazah kena apply through UPU. Untuk aliran Akaun, kalau nak ijazah Accounting, wajib score CGPA4.0 untuk mendapat tempat di IPTA. Kalau IPTS, boleh sahaja. Lepasan matrikulasi dan asasi boleh apply untuk menyambung pengajian di luar negara.


STPM dan STAM – Kedua-duanya belajar di sekolah. Ada sesetengah pelajar selepas SPM dah tak nak masuk sekolah, and they tend to choose other than STPM & STAM. Untuk makluman, STPM is equivalents to A-Level. Tahap kesusahan adalah slightly sama. Untuk pelajar yang bercita-cita untuk menyambung pengajian di tanah Arab, selepas SPM boleh sambung STAM. Lepasan STPM juga boleh untuk belajar di luar negara, make sure CGPA3.5 dan ke atas untuk apply sponsorship (afterschool.my). Intake for UK dan US adalah pada bulan September,intake for Australia pada bulan February. Jika kita bandingkan kualiti antara STPM dan Matrikulasi, personally saya akan pilih STPM. Range of grade for STPM jarang jatuh, jadi kualiti itu terjaga. Salah satu sebab kenapa STPM recognised worldwide. Korang nak pergi Canada guna STPM pun boleh, as long as CGPA kena ok. Masa STPM korang dibiasakan dengan assignment, researches dan stuff jadi bila masuk ijazah nanti anda ada fundamental yang kukuh. Taklah terkebil-kebil bila first time masuk degree kena buat assignment dah. Untuk keburukan STPM, pembelajaran di sekolah. Ramai tak nak. But quality of the STPM is really impressive.


Diploma – Jangka waktu belajar untuk diploma selalunya antara 2 – 3 tahun, depends kepada course dan university. Diploma ni sedikit rileks dan tak compact macam Asasi dan Matrikulasi. Anda belajar tak terlalu cepat, dan tak terlalu lambat. So-so. Kalau anda rasa anda lambat pick-up sedikit belajar, ambil Diploma. Ramai time Diploma boleh score CGPA3.5 ke atas walaupun time SPM dahulu kurang memuaskan. But still, ada orang yang kecundang dalam Diploma sebab rileks over sangat. Natang. Masa pengajian Diploma pun, korang akan dibiasakan dengan assignment, researches & stuff. Jadi tiada masalah kalau masuk Degree nanti. Biar lambat asal selamat.


Sijil Kemahiran – Tak semua orang mahir atas kertas & tak semua orang mahir dalam kemahiran. Nowadays, kemahiran sangat demand dalam pasaran kerja. Kerana graduan university sekarang keluar universiti with zero experiences. Mungkin ada ramai yang pandang serong sebab nama “Sijil” tapi “Sijil” yang korang tak pandang inilah yang paling bernilai sekarang. Dengan “Sijil” ini anda dapat buka business sendiri, buka butik sendiri, buka kedai kek sendiri, buka bengkel sendiri. Kerja sendiri ni lebih best dari kerja makan gaji (kerja bawah orang). Kalau anda buka kedai sendiri dengan marketing dan management yang bagus, saya jamin gaji anda boleh mengalahkan gaji orang yang makan gaji. Lepas SPM kalau dah tak minat belajar teori, ambil kursus kemahiran. Habis sahaja kursus kemahiran,
Back to Top