-->

Type something and hit enter

Translate


On
PERMOHONAN ATAS TALIAN BAGI MELANJUTKAN PENGAJIAN KE TIMUR TENGAH BAGI SESI KEMASUKAN 2019/2020  

Pengumuman Terkini :

Dimaklumkan bahawa pelajar Malaysia yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke Timur Tengah bagi sesi 2019/2020 perlu membuat permohonan secara atas talian di pautan
https://dohe.moe.gov.my/timurtengah.

Permohonan atas talian bagi lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dibuka pada 22 Januari 2019 (Selasa) pukul 3.00 petang dan akan ditutup pada 31 Januari 2019 (Khamis) pukul 11.59 tengah malam.

Permohonan atas talian bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Diploma Qiraat dibuka pada 22 Januari 2018 (Selasa) pukul 3.00 petang dan akan ditutup pada 8 April 2019 (Isnin) pukul 11.59 tengah malam.

Selepas keputusan SPM diumumkan pemohon diminta untuk mengemaskini permohonan secara atas talian bermula pada 22 Januari 2018 (Selasa) pukul 3.00 petang dan akan ditutup pada
8 April 2019 (Isnin) pukul 11.59 tengah malam.

Permohonan bagi melanjutkan pengajian ke Timur Tengah bagi bidang Pengajian Islam, Perubatan, Pergigian dan Farmasi HANYA diproses oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sahaja. Sebagai makluman, penggunaan agen bagi menguruskan permohonan dan penempatan ke Timur Tengah adalah atas pilihan dan tanggungjawab pelajar atau ibubapa sendiri. KPM TIDAK MELANTIK mana-mana agen bagi menguruskan pelajar ke Timur Tengah.
Back to Top