-->

Type something and hit enter

Translate


On
Karangan PT3 - Faedah Bersukan / Kebaikan Bersukan

Isu sukan kerap juga menjadi bahan perbincangan dalam media massa dan pegawai perubatan. Kerajaan telah memperuntukkan perbelanlaan yang banyak untuk menyediakan kemudahan melakukan aktiviti sukan. Antara aktiviti sukan ialah berkelah, menunggang basikai, berjoging, memancing, mendaki bukit dan berkayak. Semua aktiviti Ini semakin popular di kalangan masyarakat kerana masyarakat mula sedar tentang kepentingan sukan. Terdapat beberapa kebaikan melakukan aktiviti sukan.

Besukan yang dilakukan secara berkala adalah baik dan dapat menyihatkan badan. Kementerian Kesihatan telah mengadakan kempen gaya hidup sihat yang turut menekankan kepentingan aktiviti sukan. Joging contohnya, dapat membantu melancarkan peredaran darah dalam badan seseorang. Selain Itu, berjoging juga mempercepatkan proses metabolisme dan dapat mengurangkan berat badan. Jadi, penyakit seperti darah tinggi dan lemah jantung dapat dielakkan.

Sesungguhnya, kehidupan berkeluarga amat penting kepada kita. Aktiviti sukan seperti berkelah, berkhemah dan mendaki bukit jika dilakukan bersama keluarga dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. Nilai-nilai murni dapat dipupuk di kalangan anggota keluarga. Semangat tolong-menolong dan kerjasama akan menambah keseronokan sesebuah keluarga ketika bersukan. Seterusnya aktiviti sukan dapat melahirkan sebuah keluarga yang harmoni dan saling memahami antara satu sama lain.

Dengan melakukan aktiviti sukan, kita jugs dapat memenuhi masa lapang. Masa lapang seharusnya dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Seseorang individu tidak akan terjebak dalam gejala sosial yang kurang sihat seperti melepak, merokok, pergaulan bebas dan menagih dadah jika selalu melakukan sukan bersama keluarga. Di samping itu, kita juga dapat meluaskan pengetahuan dan pengalaman dalam sesuatu perkara yang dilakukan dalam aktiviti sukan. Kita juga dapat menguatkan ketahanan diri apabila melakukan aktiviti yang mencabar seperti menunggang kuda dan mengayuh basikal.

Aktiviti sukan adalah pilihan yang tepat kepada pelajar untuk merehatkan otak setelah lama belajar. Sesungguhnya, otak yang cerdas lahir daripada badan yang sihat. Pekerja juga dapat merehatkan minda setelah seharian bekerja di pejabat. Program Hari Keluarga yang dianjurkan oleh jabatan kerajaan mahupun pihak swasta yang turut mengadakan aktiviti sukan adalah satu langkah yang bijak. Otak yang mendapat rehat yang cukup pastinya lebih kreatif dan kita juga dapat berfikir dengan positlf.

Seterusnya dengan menyertai aktiviti sukan kita juga dapat menambahkan kenalan yang terdiri darlpada pelbagai kaum. Secara tidak langsung, aktiviti sukan dapst juga mengeratkan hubungan antara kaum. Antara aktiviti sukan yang melibatkan pelbagai kaum  ialah aktiviti larian amal dan berjoging. Sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum dan agama, perpaduan kaum amat penting. Dengan wujudnya perpaduan kaum yang erat, negara akan aman dan rakyat dapat hidup dengan baik.

Kesimpulannya, dapatlah dirumuskan bahawa aktiviti sukan banyak kebaikannya. Masyarakat hendakdah menjadikan aktiviti sukan sebagai gaya hidup mereka. Oleh Itu, pihak kerajaan wajar mengadakan kempen yang efektif dan efisien untuk menggalakkan rakyat melakukan aktiviti sukan. Ketika melakukan aktiviti sukan diharapkan kita sama-sama menjaga kebersihan, keindahan tempat sukan dan juga keselamatan diri. Dengan melakukan aktiviti sukan, maka hidup kita pasti lebih ceria dan bahagia.

Back to Top