-->

Type something and hit enter

Translate


On
📌 TIPS ISI UPU 📌

Biar aku senaraikan tips yang penting sebelum memilih kos yang betul-betul sesuai dengan minat masing-masing. Kalau tidak kos yang kamu minat pun, yang penting dapat masuk universiti. Hahahaha. *evil laugh. At least dapat juga rasa kehidupan di kampus kan. Hehehehe. Okay, jom baca dan hayati tips yang aku senaraikan ni.

1. Buat list untuk kos yang sesuai dengan result SPM/STPM


First of all, bila sudah dapat result SPM/STPM, jangan lupa beli nombor pin UPU sebab kalau tidak beli, macam mana mahu mendaftar kan. Hahahahaha. Tapi kalau sudah beli, memang baguslah. Untuk lepasan SPM, pastikan kamu buat menyenaraikan kos yang sesuai dengan result SPM kamu. Untuk lepasan STPM pula, pastikan kamu memilih kos yang sesuai dengan result SPM dan STPM kamu. Maksud menyenaraikan kos ni, kamu tulis kos yang "ngam-ngam" dengan result kamu, ini lebih sesuai dengan student yang result kurang cemerlang berbanding dengan result student yang cemerlang.

2. Pastikan memenuhi kriteria atau syarat yang telah ditetapkan.

Sambungan daripada tips 1, apa yang aku maksudkan di sini ialah pilih kos yag sesuai dengan keputusan SPM/STPM kamu. Jangan pula pilih kos yang tidak layak dengan result SPM/STPM kamu. Seperti yang kamu tahu, syarat am untuk SPM masuk ke mana-mana diploma ialah dengan 5 kredit. Di sini kamu kena pastikan kamu memenuhi syarat yang pertama iaitu SYARAT AM. Kalau kamu lepas syarat am, kamu beralih pula dengan syarat yang kedua iaitu SYARAT KHAS.


3. Buat short-list untuk kos yang diminati dan ingin diceburi.

Bila sudah selesai buat list mana-mana kos yang sesuai dengan result SPM/STPM, kamu mesti buat short-list bagi kos yang kamu suka dan minat. Di sini bermaksud, selepas kamu lakukan tapisan yang pertama (list kos yang sesuai dengan result), and then buat tapisan yang kedua (short-list kos yang kamu suak dan minat). Contohnya, kos yang sesuai dengan result kamu ada 30 kos, so kamu kena short-list kan jadi 12 atau 8 kos untuk dimasukkan dalam Pilihan 1 hingga 4 dan Pilihan 1 hingga 8. So, choose wisely.

4. Pilih universiti yang sesuai.

Kalau result SPM/STPM gempak, kamu boleh pilih mana-mana universiti yang kamu masuk tapi itu bukanlah jaminan kamu akan dapat masuk universiti. Cuma bila result SPM/STPM kamu excellent, peluang kamu untuk masuk universiti sangat tinggi. Tapi bukan bermaksud yang result biasa-biasa tidak dapat tempat, insya-Allah ada tempat kalau tahu pilih universiti yang sesuai. So, choose universiti yang menawarkan syarat khas yang minimum dan sesuai dengan kelayakan kamu.

5. Pastikan borang UPU lengkap

Ini pun antara perkara yang penting, pastikan kamu melengkapkan borang UPU. Salah satu sebab mungkin kamu tidak dapat memasuki universiti adalah disebabkan hal ini. Borang permohonan kemasukan ke IPTA ni hanya boleh dilakukan secara online dan mempunyai 7 bahagian.
Maklumat Pilihan Program
Maklumat peribadi
Maklumat Pekerjaan dan Pendapatan Keluarga
Maklumat Akademik
Maklumat STPM
Maklumat Kokurikulum
Lain-lain Maklumat Tambahan

Pastikan kesemua bahagian ni diisi bagi yang berkaitan dan tinggalkan kosong sekiranya tidak berkaitan. Sebelum menghantar borang permohonan ni, pastikan buat semakan semula. Okay.


6. Kemaskini Maklumat


Bila kamu sudah hantar borang permohonan kemasukan ke IPTA, kamu ada kuota sebanyak 3 kali untuk membuat kemaskini borang permohonan kamu. So, untuk mengelakkan kamu daripada menggunakan kesemua kuota yang diberikan, sila isi borang kamu mengikut tips yang telah saya share di atas kecuali kalau kamu betul-betul mahu menukar kos kamu, barulah kemaskini. That's why I said "choose wisely". Even kamu sudah kamu buat pilihan kos yang terbaik, tapi jangan lupa buat juga semakan untuk kos-kos lain yang mana sesuai dengan result kamu. Itulah fungsi kemaskini dan tolong jangan buat kemaskini dalam hari yang sama, buat bila kamu betul-betul yakin dengan decision kamu. Okay.

sumber: addyzuladwan.blogspot.com
Back to Top