-->

Type something and hit enter

Translate


On
Sambutan Hari Alam Sekitar
Pada Rabu, 10 Ogos 2019, Sekolah Kebangsaan Seri Tualang telah mengadakan sambutan hari Alam Sekitar bertemakan “Sayangi Bumi”. Sambutan ini disertai oleh semua warga sekolah iaitu guru-guru, murid-murid dan kakitangan sekolah. Tujuan sambutan ini diadakan adalah untuk menyedarkan warga sekolah akan tanggungjawab mereka kepada bumi dengan tidak melakukan aktiviti pemusnahan alam sekitar dan mengelakkan pembaziran sumber tenaga.

       Sambutan itu bermula seawal pukul  7.30 pagi apabila semua warga sekolah diminta berkumpul di dataran sekolah untuk perhimpunan pagi. Ustaz Azril diminta membacakan doa sebelum lagu Negaraku, lagu Kebangsaan Negeri Pahang dan lagu sekolah dinyanyikan oleh warga sekolah. Kemudian, Guru Besar iaitu Encik Mohamad bin Zainal Abidin merasmikan sambutan hari Alam Sekitar itu.

       Selepas itu, kira-kira pada pukul 9.00 pagi, aktiviti luar kelas pula dijalankan. Aktiviti-aktitvitinya  ialah gotong-royong membersihkan kawasan sekolah, mengumpulkan sumbangan barangan terpakai dan jualan hasil seni daripada bahan kitar semula.

       Pada pukul 11.00 pagi, bermulalah aktiviti yang dinanti-nantikan oleh warga sekolah iaitu persembahan murid-murid di dewan sekolah. Persembahan itu dimulakan dengan aktiviti nyanyian dan bercerita oleh murid-murid Tahap 1. Persembahan seterusnya pula ialah persembahan lakonan dan pidato oleh murid-murid tahap 2. Semua warga sekolah kelihatan gembira menyaksikan persembahan-persembahan itu.

       Sambutan hari Alam Sekitar ini berakhir kira-kira pada pukul 12.00 tengah hari iaitu selepas selesai acara penyampaian hadiah sagu hati kepada murid-murid yang membuat persembahan. Harapan saya agar sambutan Hari Alam Sekitar dapat diadakan lagi pada setiap tahun kerana ia boleh menyedarkan warga sekolah tentang kepentingan menjaga alam sekitar.

Laporan disediakan oleh;                                                                              10 OGOS 2019


(AKBARULLAH BIN AHMAD)
Back to Top