-->

Type something and hit enter

Translate


On
Contoh Karangan PT3

Cara-cara Memupuk Amalan Nilai-nilai Murni

Isu-isu yang berkaitan dengan amalan nilai-niiai murni kerap menjadi bahan perbincangan dalam televisyen dan majalah keluarga. Hal ini kerana amalan nilai-nilai murni ini amat penting dalam kehidupan seharian. Pada pandangan saya, amalan nilai-nilai murni ini patut dipupuk sejak kecil lagi. Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan untuk memupuk amalan nilai-nilai murni.

Keluarga boleh memainkan peranan dalam memupuk amalan nilai-nilai murni. Ibu bapa boleh memupuk amalan nilai-nilai murni dengan menunjukkan contoh yang baik. Antara contoh amalan nilai-nilai murni yang boleh ditunjukkan oleh ibu bapa ialah nilai kebersihan. Ibu bapa juga perlu menasihati anak-anak agar menghormati ahli keluarga yang lebih tua.

Selain itu, masyarakat juga boleh memainkan peranan penting dalam usaha memupuk nilai-nilai murni. Contohnya, anggota masyarakat perlu mengamalkan nilai bekerjasama dan bertolak ansur. Nilai bekerjasama dan bertolak ansur ini penting kerana masyarakat Malaysia adalah berbilang kaum. Sesungguhnya, amalan nilai-nilai murni dalam masyarakat mempengaruhi sikap generasi muda dan ia akan memberi kesan kepada
keamanan dan kesejahteraan negara.

Pihak sekolah juga boleh memainkan peranan dalam memupuk nilai-nilai murni. Contohnya, pihak sekolah boleh memberi nasihat kepada pelajar agar sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. Antara nilai-nilai murni yang perlu diamalkan oleh pelajar ialah nilai kerajinan dan bertanggungjawab. Amalan nilai kerajinan akan membolehkan pelajar menjadi pelajar yang cemerlang dan dapat melanjutkan pelajaran ke universiti.

Di samping itu, media massa seperti televisyen juga boleh memainkan peranan untuk memupuk amalan nilai-nilai murni. Hal ini kerana media massa berupaya mempengaruhi sikap seseorang. Televisyen perlu menayangkan filem yang dapat memupuk amalan nilai- nilai murni dalam kehidupan seharian. Surat khabar pula boleh menyiarkan rencana tentang kebaikan amaian nilai-nilai murni.

Pihak kerajaan juga boleh memainkan peranan untuk memupuk amalan nilai-nilai murni di kalangan masyarakat. Hal ini kerana pihak kerajaan mempunyai sumber kewangan untuk melaksanakan program kesedaran. Contohnya, pihak kerajaan boleh melancarkan Kempen Amalan Nilai Murni melalui stesen televisyen dan radio milik kerajaan. Pihak kerajaan juga boleh meminta Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melaksanakan program- program yang dapat memupuk amalan nilai-nilai murni.

Sebagai kesimpulan, terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan untuk memupuk amalan nilai-nilai murni. Amalan nilai-nilai murni ini penting kerana ia dapat memelihara keharmonian hidup masyarakat. Pada pendapat saya, kempen amalan nilai-nilai murni yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan mesti berterusan agar memberi kesan yang berpanjangan. Oleh itu, semua pihak mesti menyokong usaha kerajaan dalam memupuk amalan nilai-nilai murni di kalangan rakyat.

Back to Top