-->

Type something and hit enter

Translate


On
PUTRAJAYA 13 Nov. - Kementerian Pendidikan akan memperkenalkan elemen antirasuah dalam mata pelajaran sivik di sekolah-sekolah bermula pertengahan tahun depan, kata Menterinya, Dr. Maszlee Malik.

Beliau berkata, mata pelajaran berkenaan akan diajar di peringkat sekolah rendah dan menengah selain diperkenalkan pada peringkat prasekolah dalam bentuk penerapan nilai-nilai murni.
Katanya, selain antirasuah, elemen-elemen lain termasuk hak asasi manusia, keselamatan jalan raya dan alam sekitar.

“Kita tiada subjek khusus seperti antirasuah tetapi apa yang kita akan lakukan adalah kita akan memasukkannya sebagai salah satu tajuk dalam mata pelajaran sivik, yang kita akan perkenalkan semula.

“Bermula tahun depan kita akan mula mengkaji mata pelajaran tersebut. Subjek ini bukan sebagai subjek wajib lulus tetapi subjek yang wajib untuk dipelajari,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Forum Permuafakatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Bersama Kementerian Peringkat Kebangsaan 2018 di sini hari ini.

Sumber - UTUSAN ONLINE
Back to Top