-->

Type something and hit enter

Translate


On
Contoh Karangan Keperihalan UPSR - Hari Raya Puasa

Setelah berpuasa selama sebulan, orang-orang Islam pun merayakan Hari Raya Puasa. Pagi-pagi lagi, Abu sudah bangun dan mandi. Dia mengenakan pakaian dan songkok yang serba baru lalu pergi ke masjid untuk bersembahyang.

Pada hari kebesaran ini, Abu pergi menziarahi sahabat handai dan saudara mara. Mereka bermaaf-maafan antara satu sama lain. Suasana pada Hari Raya Puasa sungguh meriah.

Pada sebelah petang, Abu telah dikunjungi oleh kawan-kawan sedarjah, iaitu Huat Seng dan Murali. Mereka mengucapkan ‘Selamat Hari Raya Puasa’ kepada Abu. Mereka berbual-bual dengan gembiranya. Kemudian emak Abu pun menghidangkan bermacam-macam makanan untuk menjamu mereka. Makanan it ti ialah kari ayam, rendang, kuih, nasi ketupat dan lain-lain lagi. Semuanya sedap-sedap belaka.

Pada pukul 4.00 petang Huat Seng dan Murali pun meminta diri. Abu mcngucapkan terima kasih kepada mereka atas kesudian mereka datang megunjungnya pada Hari Raya Puasa.

Back to Top