-->

Type something and hit enter

Translate


On
Contoh Karangan Keperihalan UPSR - Hari Kebangsaan

Hari Kebangsaan negara saya jatuh pada 31hb Ogos tiap-tiap tahun. Rakyat berbilang bangsa sama-sama menyambut hari ini dengan riang gembira.

Pada sebelah pagi, satu upacara sambutan Hari Kebangsaan telah diadakan di padang besar. Pembesar-pembesar kerajaan telah hadir dan berkumpul di situ. Mereka menyaksikan berbagai-bagai acara, seperti perbarisan, pertunjukan pancaragam, tarian singa, silat dan tarian kebudayaan.

Pada waktu malam pula, pertunjukan kereta berhias diadakan di jalan raya. Ramai orang suka menyaksikan kereta-kereta yang dihiasi dengan lampu-lampu berwarna-warni. Di taman bunga sebuah pentas sementara telah didirikan untuk persembahan kebudayaan.

Hari Kebangsaan adalah satu hari yang sungguh meriah dan bermakna. Negara kita telah mencapai kemerdekaan sejak tahun 1957. Kini, rakyat berbilang bangsa di Malaysia hidup aman damai serta muhibah.

Back to Top