-->

Type something and hit enter

Translate


On
Teknik Mengarang UPSR - Karangan jenis Catatan Diari
  • Ia merupakan karangan yang mencatatkan kegiatan harian atau peristiwa penting yang berlaku kepada seseorang.
  • Tarikh, hari atau masa peristiwa berlaku hendaklah dinyatakan. Ini berpandukan kepada soalan. 
  • Lihat contoh soalan dibawah :
    • Persatuan anda telah membuat lawatan ke Kuala Lumpur. Anda diminta menyediakan catatan mengenai lawatan itu.
      • Berdasarkan soalan , lawatan ke Kuala Lumpur biasanya mengambil masa beberapa hari. Oleh itu format catatan mesti ditulis dalam hari.
    • Kamu menyambut ketibaan Hari Raya Puasa dengan suasana meriah. Tuliskan cacatan diari kamu bagaimana anda menyambut dan merayakan hari tersebut.
      • Berdasarkan soalan ini format catatan ialah masa atau jam.
  • Catatan hendaklah ringkas, tepat dan padat
  • Tulis catatan mengikut urutan peristiwa
  • Ayat-ayat seharusnya pendek dan mudah difahami

Andaikan bahawa ibu anda sakit kuat . Ibu anda dimasuk kan ke hospital . Tuliskan suatu catatan selama ibu anda berada di hospital.
2 Januari
Ibu sakit kuat. Bapa menghantar ibu ke hospital Besar Kuala Terengganu. Doktor yang merawat ibu memberitahu kami bahawa ibu menghidap penyakit barah. Ibu terpaksa dirawat di hospital. Selepas pulang dari sekolah , aku dan bapa melawat ibu. Aku berasa sedih melihat keadaan ibu.

3 Januari
Hari ini ibu akan dibedah. Menurut doktor , pembedahan hanya sebagai pembedahan biasa dan tidak perlu dirisuakan. Di sekolah , aku tidak dapat menumpukan perhatianku terhadap pelajaran. Cikgu Halim memujuk aku supaya bersabar. Aku sentiasa berdoa agar ibu selamat.

4 Januari
Ibu selamat dibedah. Menurut doktor ibu akan dibenarkan pulang tidak lama lagi. Datuk dan nenek dari kampung datang ke hospital untuk melawat ibu.

5 Januari
Selepas waktu sekolah , aku , Cikgu Halim dan tiga orang kawanku menziarahi ibu. Aku mendapati ibu semakin pulih. Dari jauh ibu tersenyum menyambut kedatangan kami. Aku bersyukur kepada Tuhan kerana telah memakbulkan doaku.

6 Januari
Aku membantu nenek mengemas rumah. Sebentar lagi ibu akan pula ng bersama dengan ayah dan datuk. Aku berasa tidak sabar untuk menyambut kepulanganya. Hadiah istimewa telah kusediakan untuk ibu.

Back to Top