-->

Type something and hit enter

Translate


On
Teknik Menagarang UPSR - Karangan Jenis Fakta / Rencana

  • ditulis dalam bentuk format biasa
  • karangan ini memerlukan kita mempunyai pengetahuan yang luas.
  • jadi perlu banyak membaca buku, majalah, surat khabar dan sebagainya
  • fahamkan kehendak soalan . Contohnya karangan yang bertajuk ”Tuliskan apa yang kamu tahu tentang burung…. Karangan ini mungkin disalah tasirkan sebagai burung yang murid sukai atau burng peliharaan murid.
  • pastikan anda benar-benar tahu dan mempunyai fakta yang betul tentang tajuk. senaraikan fakta-fakta / isi yang diketahui dan susun mengikut kepentingannya. setelah mengemukakan pengenalan , tulis bahagian isi
  • pastikan anda dapat menyediakan 4 isi
  • kamu harus mampu mengembangkan sesuatu isi
  • setiap isi haruslah dihuraikan berserta contoh yang sesuai dengan menggunakan ayat dan kata yang mudah difahami. Jika boleh sertakan kesannya.
  • masukkan perangkaan atau peristiwa untuk menguatkan kenyataan. setelah siap mengembangkan isi kemukakan bahagian penutup. gunakan bahasa yang tepat, usah leret -leret.

Soalan
Tuliskan sebuah karangan tentang ’Penggunaan Komputer“.

Rangka Karangan :

Pendahuluan 
- alat komunikasi rekaan sains
- penggunaannya meluas

Perenggan ke-2           
- digunakan di pejabat-pejabat
- menyimpan data-data
- menjalankan tugas dengan cepat

Perenggan ke-3           
- pengunaan komputer di pusat -pusat perubatan
- mengesan penyakit
- membantu mengesan penyakit

Perenggan ke-4
- pengunaan komputer dalam pelajaran
- mengajar Matematik, Sains dan Bahasa

Penutup                       
- keuntungan menggunakan komputer
- jimat masa dan wang
- bantu manusia menyelesaikan masalah yang sukar

Komputer merupakan salah satu alat komunikasi rekaan sinas. Penggunaannya begitu meluas dewasa ini. Komputer digunakan dalam pelbagai bidang.

Komputer sering digunakan di pejabat -pejabat kerajaan atau swasta. Ia berfungsi sebagai alat untuk menyimpan data-data. Dengan penggunaan komputer , kakitangan pejabat dapat menjalankan tugas dengan cepat dan tepat.

Pusat-pusat perubatan juga menggunak an komputer bagi mengesan sesuatu penyakit. Dengan penggunaan komputer juga , ia dapat mengatasi kekurangan tenaga pekarja. Komputer dapat membantu menyelesaikan kes-kes atau pembedahan yang rumit.

Komputer turut digunakan dalam bidang pelajaran. Kebanya kan sekolah menggunakan komputer untuk mengajar mata pelajran Matematik , Sains , Fizik dan sebagainya.

Pendek kata penggunaan komputer banyak mendatangkan keuntungan. Ia dapat menjimatkan masa dan wang serta membantu menyelesaikan masalah yang sukar di selesaikan oleh akal manusia.

Back to Top