-->

Type something and hit enter

Translate


On
Teknik Mengarang UPSR - Karangan Jenis Perbincangan


  1. Karangan jenis ini membicarakan dua sudut secara serentak iaitu sesuatu isu dan persoalan.
  2. setelah mengemukakan pengenalan ( maks ud atau definisi tajuk )
  3. perlu mentafsirkan tajuk sama ada benar atau salah, baik atau buruk, tetapi pendapat menjurus ke arah tajuk
  4. tulis bahagian isi ( pastikan anda dapat menyediakan 4 isi )
  5. setiap isi haruslah dibincangkan ( yang penting d idahulukan )
  6. kamu harus mampu mengembangkan sesuatu isi ( perlu penghujahan yang benar dan logik )
  7. setelah siap mengembangkan isi kemukakan bahagian penutup ( berupa penegasan terhadap tajuk).

Tinggal di kampung lebih baik tinggal di bandar.

Pendahuluan :

  • ulasan kamu mengenai tempat tinggal kamu
  • pilihlah yang mana sesuai 


Isi:

  • alam sekitar
    • udara , bunyi , air 
  • jimat perbelanjaan
    • sumber makanan yang murah dan segar 
  • hidup berjiran
    • tolong-menolong , bekerjasama 
  • suasana lebih aman
    • jauh daripada kesibukan , jenayah , kecurian


Penutup:

  • penegasan kepada tajuk


Tinggal di kampung lebih baik daripada tinggal di bandar. Di kampung banyak keaslian dan kecantikan alam semulajadi yang tidak terdapat di bandar.

Saya suka tinggal di kampung keran adi sini terdapat pokok -pokok yang menghijau , burung -burung berkicauan dan sungai -sungai yang jernih airnya. Di kampung suasananya aman dan damai. Udaranya bersih dan nyaman , jauh daripada pencemaran udara. Oleh itu ti nggal di kampung lebih sihat daripada tinggal di bandar.

Tinggal di kampung boleh menjimatkan wang. Kita boleh menggunakan air yang tidak berbayar dan air perigi yang sejuk dan jernih untuk di minum, membasuh, dan mandi. Kita juga boleh menanam dan makan sayur-sayuran yang segar.

Orang-orang di kampung hidup tolong -menolong , bergotong-royong dan bertegur -sapa di antara satu sama lain. Dengan ini hidup lebih bermakna dan dapat menghindarkan diri dari pengaruh -pengaruh yang boleh merosakkan dan menjatuhka n moral.

Suasana yang tenteram dan damai , udara yang segar dan penduduknya yang berbudi bahasa menyebabkan tinggal di kampung lebik baik daripada di bandar.


Back to Top