-->

Type something and hit enter

Translate


On
Contoh Karangan Keperihalan UPSR - Melawat Ke Zoo Negara

Pada cuti penggal sekolah yang lepas, guru darjah kami telah mengadakan rombongan lawatan ke Zoo Negara. Kami bertolak dengan menaiki bas sewa khas. Kami tiba di situ pada pukul 10.00 pagi.

Kawasan di Zoo Negara sangat luas. Kami berjalan-jalan sambil melihat- lihat binatang-binatang yang ada di situ. Kami dapat melihat orang utan, monyet, gajah, kuda, zirafah, buaya, badak, harimau, singa dan lain-lain lagi.

Setelah penat berjalan dan melihat, kami pun berehat sebentar. Kami membeli minuman yang ada dijual di dalam zoo untuk menghilangkan dahaga. Lepas itu kami pergi menyaksikan pertunjukan oleh orang utan dan burung kakaktua.

Pada pukul 4.00 petang, kami pun pulang. Saya berasa amat gembira sebab dapat melihat dengan mata sendiri binatang-binatang yang dahulunya hanya dapat saya lihat dalam gambar sahaja.


Back to Top