-->

Type something and hit enter

Translate


On
Contoh Karangan Keperihalan UPSR - Pekerjaan Seorang Jururawat

Siew Mei bekerja sebagai jururawat di Hospital Besar Negeri Sembilan. Dia memilih pekerjaan ini sebab dia bersimpati dengan pesakit-pesakit. Dia ingin berkhidmat kepada mereka yang amat memerlukan pertolongan.

Siew Mei bertugas mengikut giliran, iaitu kadang-kadang pada waktu siang dan kadang-kadang pada waktu malam. Siew Mei memakai pakaian seragam yang serba putih semasa menjalankan tugas. Dia menemani doktor ke wad-wad pesakit. Dia memeriksa tekanan darah dan suhu badan pesakit.

Siew Mei adalah seorang jururawat yang bertanggungjawab dan berdedikasi. Dia bersikap ramah-tamah dan penyabar. Dia melayan pesakit-pesakit dengan penuh senyum dan simpati. Dia sentiasa membujuk dan menghiburkan pesakit yang menderita supaya mereka boleh cepat sembuh dari penyakit.

Sebagai seorang jururawat, tugas Siew Mei memang berat. Tetapi dia sangat berminat dalam pekerjaan ini. Apabila pesakit telah pulih, hatinya pun lega.

Back to Top