-->

Type something and hit enter

Translate


On
Contoh Karangan Keperihalan UPSR - Seorang Murid Yang Malas

Semua murid di dalam kelas saya rajin belajar, kecuali Min Zhe. Murid- murid tidak suka bercampur dengan dia sebab dia malas. Guru-guru selalu memarahinya tetapi dia tidak juga berubah sikap.

Min Zhe malas membuat kerja sekolah yang diberi oleh guru-guru. Dia suka menyalin kerja murid-murid yang lain. Oleh itu dia selalu gagal dalam ujian. Min Zhe juga sering datang lewat ke sekolah.

Setelah pulang dari sekolah, Min Zhe asyik bermain sahaja. Dia bermain dengan budak-budak nakal. Dia tidak pernah mengulangkaji pelajaran yang telah diijar oleh guru-guru.

Disebabkan sikap Min Zhe yang malas, dia dibenci oleh murid-murid sedarjah dan guru-guru yang mengajarnya. Saya berharap dia akan berubah sikap dan menjadi seorang murid yang rajin.
Back to Top