-->

Type something and hit enter

Translate


On
Contoh Karangan Keperihalan UPSR - Sambutan Hari Kanak-kanak

Sekolah saya menyambut Hari Kanak-Kanak pada minggu pertama bulan Oktober tiap-tiap tahun. Hari ini adalah hari yang paling gembira bagi kanak- kanak sekolah.

Pada Hari Kanak-Kanak, saya tiba di sekolah lebih awal dari biasa. Murid- murid semuanya kelihatan tersenyum-senyum kerana suka hati. Pada pukul 10.00 pagi, kami masuk ke dewan sekolah untuk menyaksikan persembahan pentas oleh murid-murid. Acara-acara yang dipersembahkan ialah nyanyian, tarian, lakonan dan sebagainya.

Selepas itu, murid-murid pun balik ke bilik darjah masing-masing. Kemudian guru darjah pun membahagikan bungkusan hadiah kepada murid- murid. Dalam bungkusan itu ada gula-gula, biskut, minuman kotak, kek dan lain-lain lagi.

Hari Kanak-Kanak merupakan hari yang penuh erti bagi semua kanak- kanak di dunia. Kanak-kanak adalah harapan bangsa dan tiang negara pada suatu masa kelak. Jadi semua kanak-kanak harus belajar dengan bersungguh- sungguh untuk menjadi rakyat yang baik.

Back to Top