-->

Type something and hit enter

Translate


On
Contoh Karangan Keperihalan UPSR - Pekerjaan Seorang Posmen

Farid ialah seorang posmen. Tiap-tiap pagi dia berbasikal ke Pejabat Pos. Di situ dia mengasing-asingkan surat-surat mengikut poskod. Lepas itu dia pun pergi menghantar surat di kawasan yang telah ditetapkan.

Farid menghantar surat mengikut alamat di sampul surat. Dia memasukkan surat ke dalam peti surat yang disediakan di pintu rumah. Apabila menghantar surat berdaftar, dia terpaksa mendapat tandatangan daripada penerima surat.

Kerja Farid susah juga. Dia terpaksa berpanas dan berhujan dalam menjalankan tugasnya. Dia mesti bekerja dengan jujur dan penuh tanggungjawab. Menjelang musim-musim perayaan seperti Hari Raya Puasa, Tahun Baru Cina dan Hari Deepavali, kerja Farid bertambah berat.

Sebagai seorang posmen, pendapatan Farid tidak seberapa. Tetapi dia berpuas dengan keijanya. Dia berasa bangga kerana dapat berkhidmat kepada orang ramai dengan titik peluhnya.

Back to Top