-->

Type something and hit enter

Translate


On
MOHON SHARE DAN VIRALKAN

AMARAN awal kepada pelajar SPM 2017.
Inilah contoh cara pihak SWASTA menggunakan taktik pemasaran.

EDIT : Pendek cerita. SEMUA tawaran/whatsapp/surat/panggilan yang kamu terima secara PERIBADI adalah dari SWASTA. Tak kira berapa cantikknya surat tersebut, tak kira berapa kali dia sebut perkataan kerajaan, tak kira berapa logo institusi kerajaan dia cuba muatkan. IPTA KERAJAAN TIDAK DIBENARKAN menghubungi pelajar SECARA TERUS tanpa persetujuan sah dari kamu. Dan ini juga bermaksud semua tawaran tersebut BUKAN TAWARAN tetapi IKLAN. Sama dengan iklan KFC, iklan jual kereta, iklan ASTRO, iklan DIGI. Iklan bermaksud IKLAN, kamu nak pergi ke KFC ke, beli MyVi ke, TERPULANG KEPADA KAMU asalkan kamu ada duit/sanggup menanggung hutang dan lepas syarat mereka yang BIASANYA AMAT RENDAH. Jadi terus terang saya cakap sini, JANGAN BANGGA sebab menerima IKLAN.

BIASISWA BUKAN BIASISWA tetapi setakat diskaun/rebat. Jadi kalau yuran 25 RIBU, dan diberi DISKAUN/REBAT 5 ribu contohnya, adakah itu betul biasiswa? Adakah harga asalnya betul betul 25 ribu? Lagipun logikkah nama kamu TERSENARAI sedangkan keputusan SPM belum keluar? Kalau sudah keluar pun adakah PIHAK SWASTA mempunyai HAK mendapatkan keputusan kamu?

YURAN PENDAFTARAN SETAKAT RM 200 BUKAN YURAN PENGAJIAN, dan TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN SEKIRANYA KAMU TUKAR FIKIRAN
Yuran pengajian sebenar BERBELAS RIBU sekurang-kurangnya untuk diploma. Itu belum kira lagi yuran yuran lain yang SENGAJA tidak dinyatakan, kadang kala SELEPAS kamu bayar rm 200 itu, supaya kamu akan rasa sayang kalau BERUBAH FIKIRAN setelah sampai ke kolej dan mendapat tahu perkara SEBENAR.

PTPTN BUKAN BANTUAN/TAJAAN TAPI HUTANG. HUTANG DITANGGUNG KAMU
Pihak kolej akan sedaya upaya membantu kamu mendapatkan PTPTN.
Kenapa? Sebab duit MEREKA yang ambil, HUTANG kamu yang tanggung. Jangan ingatkan tidak perlu bayar cash yuran bermaksud TIADA YURAN PENGAJIAN.

PROGRAM DIIKTIRAF KERAJAAN/MQA TIDAK BERMAKSUD dijamin akan dapat kerja kerajaan. Sebenarnya yang hanya perlu dielakkan ialah program yang tidak/belum diiktiraf. Yang sudah diiktiraf TIDAK membawa apa-apa kelebihan bila memohon kerja kerajaan nanti.

SESSI TEMUDUGA BUKAN TEMUDAGA
Tidak akan ada pihak swasta yang TIDAK akan menerima kamu sekiranya lepas syarat yang sangat rendah, contohnya 3 kredit SPM. Jadi TIADA KONSEP TEMUDUGA. Sepatutnya kamu yang TEMUDUGA mereka, tanya tentang pengiktirafan kursus, kemudahan, yuran sebenar dan sebagainya. Ini kerana KAMU YANG BAYAR MEREKA, bukan mereka yang bayar kamu. Paling-paling mereka akan buat sessi uji minat.

Jika betul juga mahu pergi, JANGAN BAYAR APA APA YURAN sehingga mendapat maklumat penuh tentang KOS SEBENAR. Kalau mereka enggan bagi maklumat lengkap jika kamu tidak bayar Rm 200 itu, suruh mereka GO TO HELL.

Edit : PENTING. Saya mendapati pelajar masih terkeliru antara IPTA dan IPTS

Fahamkan dulu bahawa pengajian di IPTA diSUBSIDI kerajaan (lebih kurang hingga 90%). Asalkan tidak ada subsidi tersebut, program tersebut adalah SWASTA. TOLONGLA jangan cakap lagi "IPTA pun kena ambil PTPTN kan?" Sangat jauh beza jumlahnya dan juga BAKI duit untuk kegunaan kamu.

Ini termasuk institusi/kolej yang dikatakan MILIK PENUH KERAJAAN, MILIK KOPERASI BADAN KERAJAAN, MILIK YAYASAN NEGERI, MILIK BADAN YANG DITUBUHKAN DI BAWAH AGENSI DI BAWAH KERAJAAN. Semua program yang di sini adalah SWASTA kerana mereka BUKAN IPTA. Dan juga, mereka TIDAK BOLEH BAGI JAMINAN DAPAT KERJA KERAJAAN kerana mereka TIDAK MEMPUNYAI KUASA tersebut. Ini termasuk jawatan jururawat, guru dan polis.

Satu lagi, program DENGAN KERJASAMA IPTA, BUKAN bermaksud kamu belajar di IPTA, dan paling penting sekali, YURAN adalah YURAN level swasta.

Menambah kepada kekeliruan ini, ada IPTS yang dalam bahasa kasar boleh dikatakan "ditubuhkan oleh IPTA", serta UNI GLC. Ini termasuk UniKL, KPTM, UTM Space, PLUMS, dan sebagainya. Adakah sebenarnya IPTA atau IPTS? Point yang penting kamu perlu tahu ialah semua program ini mengenakan yuran level swasta. Mungkin ada biasiswa/bantuan kewangan mereka sendiri tetapi itu tidak mengubah hakikat tersebut. Samaada mereka lebih baik dari institusi swasta penuh, kamu yang perlu buat keputusan sendiri.

Edit : Sekali lagi saya terangkan di sini saya BUKAN ANTI IPTS, tetapi taktik pemasaran begini. Kalau IPTS katakan mereka ini berjasa sebab memberi peluang kepada pelajar yang tidak dapat masuk IPTA, ok saya terima KALAU taktik pemasaran dibetulkan. Saya persilakan pihak IPTS / ejen-ejen nya untuk menyangkal mana-mana pernyataan saya dengan bukti.

Edit: Thank you kepada pihak dari satu kolej mengesahkan bahawa duit PTPTN adalah diutamakan untuk yuran pengajian dibayar kepada kolej so pelajar yang mahu pergi ke swasta sila pastikan ada sumber lain untuk kos sara hidup

Edit: Ditambah contoh kedua. Kad debit pelajar  rm 250 itu diberi kerajaan kepada semua pelajar IPT, bukan khas untuk kolej ini. TAJAAN PENUH PEMBIAYAAN? 
Tajaan ke PINJAMAN?
ELAUN pelajar?
Ataupun BAKI dari duit PTPTN yang tidak tahu berapa?

Edit : Kepada pihak swasta yang whatsapp/cuba call/cuba atur pertemuan face to face, izinkan saya terangkan situasi dengan bahasa yang mudah.

Situasi di luar bandar ini adalah ADA pelajar yang menyesal selepas pergi mendaftar di IPTS. Mereka pergi dengan anggapan yang salah dan selepas itu menyatakan pernyataan seperti "banyak janji tapi akhirnya tiada, cakap tak perlu bayar tapi bila sampai satu satu dikira, termakan janji manis, tidak faham PTPTN ialah hutang, dsbg". Ini adalah situasi sebenar.

Sebelum kamu tersentap dan mahu terus mengancam dengan tindakan undang-undang, ambil masa fikir balik kenapa perkara ini berlaku. Pihak kamu/ejen GAGAL memberikan gambaran sebenar kepada pelajar di sini. Pertemuan face-to-face yang dikatakan cara profesional itu tidak berupaya memberikan mereka gambaran sebenar, dan paling penting sekali, TIADA REKOD tentang apa yang dibincangkan dan dijanjikan. Inilah sebab tidak perlu saya bazir masa bercakap atau berjumpa, sedangkan perkara yang paling asas iaitu struktur yuran GAGAL diberikan kepada saya oleh mana-mana pihak tanpa syarat seperti mesti berjumpa dan sebagainya.

Mengenai "iklan-iklan" kamu yang saya post dan oleh itu tersebut nama kolej kamu, fahamkan bahawa itu adalah iklan KAMU, bukan iklan saya. Pernahkan nampak orang post kfc, produk sebenar berbanding yang diiklankan? Adakah KFC tersentap dan terus mahu ambil tindakan sedangkan itulah gambar produk sebenar yang didapati di kedai yang ADA perbezaan nya dengan yang diiklankan?

Jadi sekarang situasinya sama. Pernyataan di dalam iklan seperti tawaran/biasiswa/tajaan/asrama/elaun adalah MENGELIRUKAN. Saya tahu dalam black and white kamu akan letak banyak ** dan (tertakluk kepada terma dan syarat). Jadi saya cuba BANTU kamu menerangkan kepada pelajar di sini.

Sekiranya apa yang saya tulis di sini adalah SALAH, dipersilakan menyangkal dengan BUKTI sebenar. Senaraikan berapa pelajar yang betul mendapat biasiswa sebenar (bukan diskaun, tetapi biasiswa sebenar) dari pihak kolej dan tunjukkan keputusan mereka.Tunjukkan struktur yuran kamu termasuk pinjaman PTPTN yang perlu diambil. Tunjukkan dengan teliti 'terma dan syarat' kamu. Ambil dan tunjukkan gambar sebenar 'asrama' kamu. Berikan data sahih berapa peratus pelajar dapat kerja lepas graduate, tapi jangan lupa juga berapa pelajar tidak menghabiskan pengajian di sana. Semua maklumat ini AMAT MEMBANTU pelajar pelajar sini yang bukannya senang nak pergi ke lokasi untuk berjumpa dengan kamu. Dan supaya TIDAK ada lagi pelajar yang "salah sangka" dan akhirnya dikatakan memburukkan imej pihak kamu.ramai jugak yg PM kata "akak saya dapat tawaran dari college". so lepas ni tukar kpd "saya dapat IKLAN dari college"

Jangan Terpengaruh dengan IPTS ni, ada jugak yg guna nama IPTA contoh mcm kami ni kolej bersekutu UITM,bernaung di bawah uitm. Tu strategi marketing je. awk bukan masuk Ipta tpi ipts. yuran tak sama

IPTS ni bukan tak bagus. tpi jadikan pilihan pertama tu Ipta kalau awak tak dapat course yg awak minat dekat ipta. baru cari dan rancang plan B untuk cari ipts
Back to Top