-->

Type something and hit enter

Translate


On



Assalamu'alaikum w.b.t dan salam sejahtera. Dah agak lama ana tak menulis tentang kembara hidup diri ini. Bukan apa, disebabkan peperiksaan akhir makin hampir, ramai di antara kami akan dibebani dengan tanggungjawab sebagai pelajar yang juga bergelar Pegawai Kadet.

Akademik : banyak tugasan (assignment), perbentangan projek kursus, projek sarjana muda (PSM) bagi tahun akhir dan ujian banyak perlu diselesaikan sebelum menjelang minggu peperiksaan

Ketenteraan:pelbagai aktiviti dan peraturan telah diperkenal dan diperketatkan sedikit sebanyak memberi tekanan dan kesan kepada akademik jika masa tak diurus dengan baik.


Rutin harian bagi Isnin-Khamis:
  • 0600H - Solat Subuh
  • 0715H - Perbarisan pagi sebelum ke kelas
  • 0800H - Kelas akademik
  • 1200H - Makan tengah di wisma pegawai kadet (mess)
  • 1300H - Solat Zohor
  • 1400H - Kelas akademik 
  • 1630H - Solat Asar
  • 1700H - Baris sukan di padang
  • 1830H - Aktivti sukan tamat
  • 1915H - Solat Maghrib
  • 1930H - Makan malam di mess
  • 2015H - Solat Isyak
  • 2030H - Prep hour
  • 2300H - Perbarisan malam (rollcall)
  • 2359H - Lights off (Tidur)

Rutin mingguan hari bekerja (Jumaat):
  • 0530H - Solat Subuh berjemaah (berbaris)
  • 0630H - Perbarisan pagi
  • 0700H - Kelas Ketenteraan / Latihan Jasmani
  • 1000H - Pentadbiran dan pengurusan diri
  • 1200H - Makan tengah hari di mess
  • 1300H - Solat Zohor / Solat Jumaat (berbaris)
  • 1500H - Latihan Tempur Tanpa Senjata - TTS
  • 1630H - Solat Asar
  • 1830H - Aktivti TTS tamat
  • 1915H - Solat Maghrib
  • 1930H - Makan malam di mess
  • 2015H - Solat Isyak
  • 2030H - Pentadbiran dan pengurusan diri
  • 2300H - Perbarisan malam (rollcall)
  • 2359H - Lights off (Tidur)


Rutin harian hujung minggu (Sabtu, Ahad):
  • 0530H - Solat Subuh berjemaah (berbaris)
  • 0630H - Perbarisan pagi
  • 0700H - Aktiviti (Senaman Perang/Jalan Laju/Larian/Rentas Halangan)
  • 1000H - Pentadbiran dan pengurusan diri
  • 1100H - Happy hour (majlis ramah mesra)
  • 1200H - Makan tengah hari di mess
  • 1300H - Solat Zohor
  • 1400H - Outing sehingga 2200H
  • 1630H - Solat Asar 
  • 1700H - Pentadbiran dan pengurusan diri
  • 1915H - Solat Maghrib
  • 1930H - Makan malam di mess
  • 2015H - Solat Isyak
  • 2030H - Pentadbiran dan pengurusan diri
  • 2300H - Perbarisan malam (rollcall)
  • 2359H - Lights off (Tidur)


Peraturan dan arahan yang mesti diikuti:
  • Dilarang berada di blok penginapan pada waktu akademik
  • Pengharaman rokok dalam kawasan UPNM
  • Dilarang berpasang-pasangan dan berdua-duaan
  • Dilarang membawa telefon ke kelas
  • Dilarang membawa atau bungkus makanan basah ke bilik
  • Memakai pakaian yang telah ditetapkan mengikut waktu dan aktiviti
  • Mematuhi etika dan disiplin tentera
  • Berpakaian kemas dan segak, kasut kilat
  • Hendaklah berbaris dalam kumpulan ketika bergerak ke mana-mana
  • Pakaian hendaklah dihantar ke dobi, tak boleh basuh sendiri
  • Dilarang gantung pakaian di ampaian melainkan tuala dan pakaian dalam
  • Bilik sentiasa dalam keadaan layout, kemas dan bersih
  • Diharamkan memandu dan memiliki kenderaan dalam kawasan kem
  • Tidak dibenarkan keluar melainkan dengan kebenaran
  • Membaca dan mematuhi perintah tetap dan harian pegawai kadet
  • Menghormati senior dan pegawai yang lebih kanan
  • Mengikuti etika sebagai seorang pegawai tentera


Tanggungjawab pegawai kadet bertugas:
  • Mengambil perbarisan dan periksa kehadiran anggota
  • Mengetahui keadaan dan masalah anggota
  • Melaporkan sebarang masalah kepada staf / pegawai bertugas
  • Menjaga pos kawalan
  • Memastikan pegawai kadet mengikuti peraturan
  • Menjaga keselamatan blok penginapan
  • Mengisi borang lapor sakit untuk anggota yang tidak sihat
  • Menghadiri upacara guard-mounting (pertukaran pengawal malam) pada jam 1830H
  • Menghadiri upacara guard-dismounting (penyuraian pengawal malam) pada jam 0630H
  • Menghadiri perbarisan turus (staff parade) pada jam 2200H
  • Mengetuai rollcall pengambilan masing-masing
  • Mengetahui pergerakan setiap anggota


Pelajar Awam dan Tentera (Pegawai Kadet)
  • Pelajar awam tak terikat dengan aktiviti ketenteraan untuk pegawai kadet
  • Pelajar awam diwajibkan menyertai PALAPES
  • Pelajar awam + pegawai kadet belajar dalam kelas akademik yang sama
  • Pelajar awam menggunakan PTPTN dan biasiswa untuk kos pengajian
  • PALAPES UPNM akan mengikuti program latihan pada hujung minggu
  • PALAPES yang mengikuti latihan diberikan elaun latihan mengikut hari
  • Pegawai kadet diberi gaji bulanan untuk bekerja, mengikuti latihan dan belajar
  • Segala kemudahan di UPNM adalah untuk kegunaan bersama
  • Pelajar awam akan disyorkan untuk diterap ke syarikat mereka buat praktikal
  • PALAPES akan ditauliahkan sebagai Leftanen Muda dalam pasukan simpanan
  • Pelajar tentera diterapkan terus sebagai pegawai berpangkat Kapten setaraf dalam ATM

Penutup Bicara

Bukanlah ada apa yang ingin dibanggakan disini, tapi ingin berkongsi sesuatu yang anda dapat renungkan pada diri anda. Memang tak dinafikan kami beruntung dari beberapa aspek, tapi bersyukurkah dengan kehidupan anda?


Mutiara Hikmah:
Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita; oleh itu, bantulah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak mengguna masa dgn berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri maka segerakanlah perlaksanaannya.

Mutiara Kata:
Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati.

Hargailah masa anda...Jazakumullah..~ (^^,)

http://zullkj.blogspot.com/2008/10/kehidupan-di-upnm.html
Back to Top