-->

Type something and hit enter

Translate


On
Anda ingin membeli rumah kediaman untuk diri sendiri? Ikuti tips yang kami kongsikan disini sebelum membeli rumah. Ini adalah antara beberapa panduan yang boleh anda amalkan sebelum membuat keputusan membeli rumah yang berharga ratusan ribu ringgit. Jangan abaikan artikel ini, kerana anda mungkin akan menyesal jika tersilap membeli rumah.

Tips Penting Sebelum Anda Membeli Rumah Sendiri

1. Buatlah lawatan lebih dari sekali. Semakin banyak lawatan kita, semakin banyak maklumat yang kita perolehi. Datang dan beramah mesralah dengan jiran-jiran di sekitarnya.

2. Lawatan waktu berbeza. Amatilah kawasan kediaman yang ingin dibeli di sebelah waktu malam. Lihat berapa banyak lampu yang terpasang dan juga keadaan jalan di hadapan rumah penuh dengan kereta yang diparkir secara merata-rata atau sebaliknya.

3. Lawatan di waktu hujan juga berguna untuk anda untuk mengetahui sama ada rumah yang ingin dibeli itu berada dalam keadaan yang baik, tiada sebarang kebocoran dan sebagainya. Selain itu, anda juga boleh mengetahui sama ada kawasan perumahan itu berpotensi untuk dilanda banjir ataupun tidak.

4. Tanya jiran, tanya gerai makan. Ini adalah sumber maklumat kawasan, gosip persekitaran mereka pegang. Siapa janda atau andalusia, semua maklumat itu ada di dalam genggaman mereka.

5. Pengawal Keselamatan juga boleh dijadikan sebagai sumber maklumat. Mereka tahu kekerapan jenayah yang berlaku. Jadi secara tidak langsungnya anda boleh menilai sama ada kawasan itu selamat ataupun sebaliknya.

6. Matahari petang jatuh di mana? Ini penting untuk kita mengetahui sama ada rumah yang ingin dibeli itu nanti bakal panas atau sejuk. Jika sejuk, itu bonus! Jika panas, lihat semula rekabentuk rumah, adakah laluan anginnya baik?

7. Jangan datang seorang diri. Di mata kita mungkin rumah itu sempurna menyebabkan anda teruja lalu terabaikan beberapa aspek yang penting dalam menilai rumah. Bawalah rakan anda dan minta pandangannya mengenai rumah tersebut. Pasti ada sesuatu yang tidak kena di matanya.

8. Tekanan air tinggi. Tekanan air yang rendah boleh menyebabkan amarah lebih-lebih lagi di waktu pagi bila semua perkara hendak dilakukan dengan cepat. Jadi, periksalah saluran air pili rumah tersebut.

9. Pekerjaan Jiran Tetangga. Kerja dan pemikiran saling bergantung. Jika kawasan kediaman itu banyak jururawat, peluang kita kena ngorat itu mungkin tinggi.

10. Projek akan datang. Ketahui apa projek yang bakal dilaksanakan di sekitar kawasan kediaman. Jika ada AEON, MRT atau pasar raya, ia mungkin boleh melonjakkan harga rumah anda.

Selamat berusaha anak-anak muda. Setiap kali datangnya susah, ada banyak peluang senang terhidang. - Azizul Azli Ahmad
Back to Top