-->

Type something and hit enter

Translate


On
Semakan Keputusan Tawaran Kemasukan SBP 2017 Tingkatan 1 Dan 4 Online Dan SMS. Panduan buat Pemohon murid Darjah 6 yang telah membuat permohonan kemasukan ke SBP 2017 Tingkatan 1 yang telah ditutup pada 15 November 2016 yang lalu. Pemohon boleh mengetahui atau menyemak keputusan permohonan SBP 2017 mereka jangkaan pada minggu kedua Disember 2016. Tarikh tahun lepas adalah 14 Disember 2015 (Isnin) menerusi makluman rasmi KPM.

Sebelum ini, menerusi makluman FAQ SBP 2017, keputusan  pemilihan  dan penempatan  ke Tingkatan  Satu  (1)  SBP akan diumumkan selewat-lewatnya dalam tempoh 27 hari setelah keputusan  UPSR  diumumkan. Keputusan UPSR 2015 telah diumumkan pada 17 November 2015 yang lalu.  
  • Terkini dari Portal Rasmi KPM, semakan tawaran dan erayuan kemasukan murid ke Tingkatan 1 SBP akan dibuka mulai 14 Disember 2016 sehingga 5 Januari 2017.
SBP 2015 Tingkatan 1 Online

Semakan Keputusan Permohonan SBP 2017 Tingkatan 1 Dan 4 Online

  • Tarikh semakan keputusan SBP 2017 dan erayuan adalah dari 14 Disember 2016 sehingga 5 Januari 2017 

Semakan tawaran ke SBP 2017 akan di buka secara online mengikut tarikh berikut di mana pengumuman akan dibuat melalui Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di applikasi e-perkhidmatan berkala di  http://www.moe.gov.my/ .

PERMOHONAN SBP TINGKATAN 1 TAHUN 2017


TARIKH BUKA15 OKTOBER 2015
TARIKH TUTUP 15 NOVEMBER 2015
APPLIKASI PERMOHONANhttps://sst1.moe.gov.my/


MAKLUMAT LANJUT SEMAKAN KEPUTUSAN TAWARAN & eRayuan (14 Disember 2016) Semakan Tawaran & e-Rayuan

PERMOHONAN SBP TINGKATAN 4 TAHUN 2017


TARIKH BUKA10 DISEMBER 2015
TARIKH TUTUP 30 DISEMBER 2015
APPLIKASI PERMOHONAN/ SEMAKANhttps://sst4.moe.gov.my/


MAKLUMAT LANJUT SEMAKAN KEPUTUSAN TAWARAN & eRayuan (29 Januari hingga 15 Februari 2016)Klik Tingkatan 4

  • Semakan Keputusan Tawaran Sekolah Kawalan 2016 SMKA, SABK, KRK Dan KAA Online dan SMS boleh disemak bermula 20 Disember 2015 bermula jam 1000 pagi AHAD di SEMAKAN SEKOLAH KAWALAN 2016.

* ARAHAN KEPADA PEMOHON YANG BERJAYA

Sila Masukkan Angka Giliran UPSR 2016 dan Klik Butang Semakan
Pastikan maklumat ANGKA GILIRAN calon sama seperti yang tercatat dalam slip pendaftaran UPSR calon. Sekiranya terdapat sebarang masalah, sila hubungi 03-83217400 untuk keterangan lanjut

Sekiranya anda berjaya dan bersetuju dengan tawaran ini, sila CETAK surat dan lampiran tawaran yang dibawa semasa hari pendaftaran. Bahagian ini berhak menarik balik tawaran sekiranya dokumen calon tidak lengkap semasa hari pendaftaran di SBP.

Permohonan e-Rayuan SBP 2017


Pemohon yang gagal mendapat tempat di SBP boleh membuat e-Rayuan, tetapi ianya bergantung pada kekosongan tempat.
Nota : Murid yang gagal/tidak membuat permohonan secara online pada tarikh yang ditetapkan ingin memohon. Bagaimanakah caranya?
  • Makluman, murid yang tidak membuat permohonan secara atas talian / terlepas memohon pada tarikh yang ditetapkan, tidak akan dipertimbangkan dalam pemilihan ambilan pertama.
  • Murid tersebut akan dipertimbangkan dalam pemilihan ambilan kedua sekiranya membuat e-Rayuan secara online.

Permohonan e-Rayuan akan mula dibuka bersamaan tarikh pengumuman
penawaran kepada murid yang berjaya.

Cara Mengisi Permohonan e-Rayuan secara online Dan Cara Menyemak e-Rayuan

1. Calon yang telah membuat permohonan atas talian kali pertama tetapi Tidak Berjaya:
  • Masuk ke laman sesawang: Semakan SBP 2017
  • Klik sistem semakan Tawaran ke SBP tingkatan 1 atau tingkatan 4
  • Masukkan angka giliran UPSR/PBS
  • Masukkan maklumat yang diminta dalam ruangan catatan.
  • Klik pada e-rayuan
  • Maklumat yang diperlukan : A. MAKLUMAT DIRI, B. MAKLUMAT KEPIMPINAN / KOKURIKULUM, C. MAKLUMAT IBU BAPA DAN D.   MAKLUMAT ALAMAT SURAT MENYURAT
  • Hantar.

2. Calon yang tidak membuat permohonan atas talian kali pertama tetapi ingin memohon:
  • Masuk ke laman sesawang: Semakan SBP 2016
  • Klik sistem semakan tawaran ke SBP tingkatan 1 atau tingkatan 4
  • Masukkan angka giliran UPSR/PBS
  • Masukkan maklumat yang diminta seperti alamat rumah dan catatan
  • Klik pada e-rayuan
  • Hantar
Didoakan semoga pemohon berjaya mendapat tawaran kemasukan ke SBP 2017 kali ini.
Back to Top