-->

Type something and hit enter

Translate


On
Semak Slip Daftar MUET Sesi Mac 2016 Online Dan SMS. Anda ingin menyemak status slip daftar peperiksaan MUET anda? Slip daftar MUET diperlukan untuk anda menduduki peperiksaan. Dipetik dari makluman Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Slip Daftar MUET (MUET/D) Sesi Mac 2016 boleh disemak mulai 22 Januari 2016 (Jumaat).

Semakan Slip Daftar MUET Sesi Mac 2016 Secara Online
Untuk semakan melalui portal MPM, sila klik di SLIP DAFTAR.

Semakan Slip Daftar MUET Melalui SMS
Untuk semakan melalui Sistem Mesej Singkat (SMS), sila taip MUET [jarak] INFO [jarak] No. Kad Pengenalan dan hantar ke 15888.

Calon dikehendaki menyemak maklumat MUET/D bagi memastikan semua maklumat adalah betul. Sekiranya terdapat kesilapan maklumat, sila lengkapkan Borang Pindaan Maklumat Calon dan hantarkan ke MPM dengan kadar segera. 


Permohonan yang dihantar dua minggu selepas MUET/D dikeluarkan akan dikenakan sebanyak RM25.00. Sila klik Borang Pindaan Maklumat Calon untuk mendapatkan borang permohonan.
Back to Top