-->

Type something and hit enter

Translate


On
Contoh Karangan Autobiografi UPSR
Aku Sebuah Buku Cerita

Rangka Karangan

Permulaan:
aku sebuah buku cerita

Isi:
1.tubuh badan aku dan bagaimana aku dilahirkan
2.perasaan aku ketika dipamerkan di kedai buku
3.tuan aku menceritakan mengenai diri aku kepada kawan-kawannya

Penutup:
tuan aku tidak akungkan aku. Badan aku koyak-rabak

Aku ialah sebuah buku cerita. Nama aku “Pahlawan Berkaki Kayu”. Aku ditulis oieh seorang pengarang muda yang bernama Budiman Sarip.

Aku diperbuat daripada kertas putih. Kulit aku berwarna-warni. Ukuran badan aku ialah 14 cm lebar dan 21.5 cm panjang. Sebelum dilahirkan, aku dihantar ke sebuah syarikat percetakan. Di sana aku dicetak untuk dijadikan buku. Selepas dicetak, aku dan rakan-rakan disusun dan disimpan di dalam kotak yang besar. Tidak lama kemudian, kami dihantar oleh sebuah van ke kedai-kedai buku.

Di kedai buku, kami dipamerkan dalam almari kaca. Kami berasa takut dan bimbang kerana tidak lama lagi kami akan berpisah. Pada suatu hari, datang seorang murid sekolah ke kedai itu. Dia membelek-belek muka surat aku. Akhirnya, dia pun berkenan dan membeli aku dengan harga tiga ringgit lima puluh sen. Ketika itu, aku sungguh sedih kerana terpaksa berpisah dengan rakan-rakan aku.

Setibanya di rumah, murid itu pun duduk di kerusi lalu membaca sehingga tamat. Pada keesokan harinya, murid itu menceritakan mengenai diri aku kepada rakan-rakannya di sekolah. Setelah mendengar cerita itu, mereka berebut-rebut hendak membaca aku. aku berasa sungguh takut. Mujurlah ketika itu guru besar sekolah itu berlalu di hadapan bilik darjah. aku disimpan oleh tuan aku di dalam begnya.

Sekarang aku sudah berusia lima tahun. Badan aku mulai koyak-rabak. Tuan aku tidak lagi akungkan aku. Aku disimpan dalam sebuah almari buruk. Aku berasa sungguh sedih kerana jasa baik aku selama ini tidak dikenangi oleh tuan aku.
Back to Top