Contoh Karangan Autobiografi UPSR
Aku Sebuah Kereta
Rangka Karangan
Permulaan:
Aku ialah Kereta Nasional, iaitu Proton Saga
Isi:
1. tempat lahir aku dan bagaimana aku dihasilkan
2. aku dan rakan-rakan aku dihantar ke Kuantan, Pahang Darul Makmur
3. tuan aku seorang guru, aku dijaga dengan baik
Penutup:
berkhidmat kepada tuan aku hingga akhir hayat
Nama aku Proton Saga, iaitu kereta buatan Malaysia. Aku juga dikenali sebagai Kereta Nasional yang menjadi lambang kebanggaan rakyat Malaysia.
Aku dilahirkan di sebuah kilang yang terletak di Shah Alam, Selangor, Darul Ehsan. Badan aku diperbuat daripada besi yang bermutu tinggi. Pekerja-pekerja di kilang itu memasangkan bahagian-bahagian badan aku. Setelah siap dipasang, aku dan rakan-rakan disembur dengan cat yang beraneka warna. Warna aku putih. Kemudian kami diperiksa serta diuji oleh beberapa orang mekanik. Apabila didapati memuaskan, kami pun dihantar dengan lori ke bandar-bandar di Semenanjung Malaysia. Rakan-rakan aku yang lain pula dieksport ke luar negeri dengan kapal-kapal besar.
Aku dan rakan-rakan aku dihantar ke Kuantan Pahang Darul Makmur. Kami dipamerkan di sebuah syarikat kereta. Pada suatu hari, seorang pemuda pergi ke kedai itu. Dia melihat dan memeriksa kami. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk membeli aku.
Tuan aku seorang guru. Aku merupakan kereta pertama yang dimilikinya. Dia memandu aku dengan berhati-hati. Dia mencuci badan aku setiap hari. Di rumahnya, aku disimpan di suatu tempat yang dibina khas untuk aku.
Sekarang aku sudah berusia dua tahun. Namun begitu, badan aku masih cantik seperti kereta baru. Aku berasa bangga kerana mempunyai seorang tuan yang baik hati. Aku bertekad hendak memberi perkhidmatan kepadanya hingga akhir hayat nanti.