-->

Type something and hit enter

Translate


On
Contoh Karangan UPSR - Banjir

Pada musim tengkujuh, hujan turun dengan lebatnya. Sudah tiga hari hujan turun tidak berhenti-henti. Ini menyebabkan banjir di kawasan yang rendah.

Ketika berlakunya banjir, penghuni-penghuni rumah yang terlibat pun sibuk memindahkan barang-barang ke tempat yang lebih tinggi dan selamat. Barang-barang yang tidak sempat dipindahkan pun terapung-apung dihanyut oleh air. Binatang-binatang ternakan seperti ayam banyak telah mati akibat banjir.

Kerajaan telah menghantar pasukan penyelamat ke tempat-tempat banjir untuk menyelamatkan mangsa-mangsa banjir yang terperangkap di dalam rumah. Mereka datang dengan menaiki motobot. Mereka juga menolong penghuni rumah mengangkut barang-barang ke kawasan yang selamat.

Mangsa-mangsa banjir terpaksa bermalam di rumah saudara mara atau di balai raya buat sementara waktu. Mereka bersedih kerana rumah mereka telah rosak dilanda oleh air. Harta benda mereka pun hilang dihanyut oleh air. Selepas beberapa hari, barulah air banjir surut. Mangsa-mangsa banjir pun pulang ke rumah masing-masing.
Back to Top