Contoh Karangan Keperihalan UPSR - Jiran Saya
Jiran ialah orang yang tinggal dekat atau bersebelahan dengan rumah kita. Jiran saya ialah Pak Abu. Pak Abu sekeluarga telah berjiran dengan kami lebih kurang 10 tahun.
Pak Abu mempunyai seorang isteri yang rajin dan tiga orang anak. Ketiga-tiga anaknya sudah besar. Pak Abu ialah seorang penjaja. Dia menjual nasi lemak di pasar pada waktu pagi. Dia dibantu oleh isteri dan anak perempuannya. Nasi lemak yang dijual oleh Pak Abu sedap dan harganya pula berpatutan. Oleh itu, nasi lemak Pak Abu laris dan pendapatannya lumayan.
Bila ada masa lapang, Pak Abu suka datang ke rumah saya. Dia selalu bersembang dan bermain catur dengan datuk saya di halaman rumah. Isteri Pak Abu pandai memasak. Masakannya sungguh enak. Dia selalu menjemput kami menjamu selera di rumahnya.
Keluarga saya menjalin hubungan yang rapat dengan keluarga Pak Abu. Kami selalu bantu-membantu apabila menghadapi masalah. Sikap peramah dan baik hati Pak Abu telah disanjung tinggi oleh ahli-ahli keluarga saya dan jiran-jiran yang lain.
Saya berasa bangga kerana mempunyai jiran yang baik seperti Pak Abu. Semoga perhubungan baik itu dapat dikekalkan. Kita haruslah memupuk semangat kejiranan.