-->

Type something and hit enter

Translate


On
Contoh Karangan Autobiografi UPSR

Aku Sebuah Rumah

Rangka Karangan

Permulaan:
aku sebuah rumah banglo

Isi:
1. bahagian-bahagian badan aku
2. tuan aku dan keluarganya
3. anak bongsu tuan aku suka menconteng badan aku
4. aku dijual oleh tuan aku kerana hendak membayar hutangnya

Penutup:
sekarang rupa aku sudah berubah

Aku sebuah rumah banglo. Aku terletak di Taman Mariana, Kuala Lumpur. Tuan aku seorang pengurus di sebuah kilang yang besar.

Aku diperbuat daripada batu dan kayu. Badan aku tordiri daripada beberapa bahagian. Di bahagian luar ialah tempat letak kereta dan halaman yang luas. Di bahagian dalam pula ialah ruang tamu, ruang makan, stor, dapur dan empat buah bilik tidur.

Tuan aku berusia empat puluh tahun. Beliau sudah berumahtangga. Isteri dan tiga orang anaknya tinggal bersamanya. Setiap hari, orang gaji tuan membersihkan aku. Dia soorang yang rajin. Sampah-sarap yang berselerak di merata tompat disapunya.

Anak bongsu tuan aku sungguh nakal. Dia suka menconteng badan aku dengan kapur berwarna. Kadang- kadang dia menghiris badan aku dengan menggunakan pisau. Aku meronta-ronta kerana kesakitan.

Tuan aku seorang kaki judi. Pada suatu hari, beliau kalah dalam satu perjudian. Beliau terpaksa menjual aku untuk membayar hutangnya. Tuan baru aku seorang doktor. Beliau telah mengupah pekerja-pekerja untuk membaiki bahagian badan aku yang sudah uzur. Badan aku juga dicat semula.

Kini, rupa aku sudah berubah. Rupa aku seperti rumah baru. Rakan-rakan aku yang tinggal berhampiran memuji-muji kecantikan aku. Aku berasa sungguh gembira.
Back to Top