Contoh Karangan Autobiografi UPSR
Saya Seorang Guru
Rangka Karangan
Permulaan:
pekerjaan saya - guru
Isi:
1. saya pergi ke sekolah dengan menaiki motosikal
saya mengajar Bahasa Melayu dan Alam dan Manusia
2. saya seorang guru yang tegas
3. saya juga mengambil bahagian dalam aktiviti kokurikulum
Penutup:
tanggungjawab guru adalah berat dalam mendidik anak-anak bangsa
Saya bekerja sebagai seorang guru. Saya mengajar di Sekolah Rendah Kebangsaan Titiwangsa, Kangar. Saya mengajar di sekolah ini semenjak tahun 2003.
Tiap-tiap hari, sebelum pukul 7.30 pagi, saya sudah tiba di sekolah. Saya pergi ke sekolah dengan menaiki motosikal. Saya mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu dan Alam dan Manusia. Saya berminat dalam kedua-dua mata pelajaran tersebut.
Saya ialah seorang guru yang tegas semasa mengajar. Saya sentiasa memastikan bahawa murid-murid saya menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran. Adakalanya, saya suka bercerita serta bergurau senda dengan murid-murid saya. Mereka suka kepada saya kerana saya seorang guru yang peramah dan berdedikasi.
Di sekolah, saya juga melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum. Saya ialah guru penasihat Pasukan Pengakap dan Persatuan Alam dan Manusia. Saya selalu membawa murid- murid sekolah pergi berkhemah dan menjalankan kerja bergotong-royong di kampung-kampung berhampiran dengan sekolah.
Saya tidak pernah berasa kesal kerana bekerja sebagai seorang guru. Tanggungjawab seorang guru adalah berat dalam mendidik anak-anak bangsa supaya menjadi rakyat yang berguna.