-->

Type something and hit enter

Translate


On
Contoh Karangan Keperihalan UPSR

Tempat Tinggal Saya

Rangka Karangan

Permulaan:
nama tempat tinggal saya

Isi:
1. kemudahan yang terdapat di kampung saya
2. penduduk-penduduk di kampung saya

Penutup:
saya berasa bertuah dan bersyukur kerana dapat tinggal di sini

Saya tinggal di Kampung Damai. Tempat tinggal saya kira-kira 25 km dari Johor Bahru, Johor Darul Ta'zim. Saya tinggal di sini semenjak berumur tiga tahun.

Kampung saya ialah sebuah kampung yang maju. Kemudahan-kemudahan awam seperti pondok telefon, balai raya dan taman permainan kanak-kanak ada disediakan. Kampung ini juga mempunyai bekalan elektrik dan air. Di kampung ini, terdapat sebuah sekolah kebangsaan yang terdiri daripada lebih kurang seribu orang murid.

Penduduk di kampung saya terdiri daripada berbilang kaum. Kebanyakan penduduk di sini ialah kaum Melayu. Pekerjaan utama penduduk kampung ini ialah menoreh getah dan menangkap ikan. Penduduk di sini sentiasa tolong-menolong dan bekerjasama dalam menjaga kebersihan kampung.

Saya berasa bertuah dan bersyukur kerana dapat tinggal di sini. Saya dapat menikmati udara yang bersih dan nyaman. Selain daripada itu, kampung saya juga mempunyai segala kemudahan seperti yang terdapat di bandar.
Back to Top