Contoh Keperihalan Deskriptif UPSR
Jiran Saya
Rangka Karangan
Permulaan:
nama jiran saya
Isi:
1. keluarga jiran saya
2. Encik Lim seorang yang periang
3. Puan Lim selalu mengajar ibu saya membuat pelbagai jenis kuih dan biskut
4. saling mengunjungi pada Hari Raya Puasa dan Tahun Baru Cina
Penutup:
berdoa agar jiran saya tidak berpindah ke tempat lain
Saya tinggal di Taman Sentosa, Kuantan, Pahang Darul Makmur. Penduduk di tempat tinggal saya terdiri daripada berbilang kaum. Encik Lim dan keluarganya tinggal di sebelah kanan rumah saya. Mereka berbangsa Tionghua.
Encik Lim seorang peniaga. Isterinya seorang suri rumahtangga. Encik Lim mempunyai empat orang anak. Anak sulungnya, Lim Beng sedarjah dengan saya. Tiap-tiap hari, kami menaiki bas ke sekolah. Kami juga mengulangkaji pelajaran bersama-sama.
Encik Lim seorang yang periang. Dia suka bergurau senda dengan bapa saya. Dia selalu mengajak bapa saya bermain tenis. Dia seorang pemain tenis yang handal.
Puan Lim seorang yang pandai memasak. Ibu saya belajar membuat kuih dan biskut daripadanya. Kuih dan biskut yang dibuatnya sedap-sedap belaka. Ibu juga mengajar Puan Lim cara masakan Melayu.
Keluarga saya dan keluarga Encik Lim saling mengunjungi pada Hari Raya Puasa dan Tahun Baru Cina. Kami saling monghormati. Keluarga saya dan jiran saya selalu bergotong- royong membersihkan kawasan tempat tinggal.
Saya suka jiran saya. Saya selalu berdoa agar jiran saya tidak berpindah ke tempat lain.