-->

Type something and hit enter

Translate


On
Contoh Karangan Keperihalan UPSR

Guru Bahasa Melayu Saya

Rangka Karangan

Permulaan:
nama guru Bahasa Melayu dan umurnya

Isi:
1. rupa dan sifat-sifat guru Bahasa Melayu
2. dia selalu menggalakkan kami supaya membaca suratkhabar
3. pelajaran yang disampaikannya sungguh menarik

Penutup:
jasa Cikgu Tukiman akan saya kenang selama-lamanya

Guru Bahasa Melayu saya ialah Cikgu Tukiman Bin Haji Arshad. Beliau berumur kira-kira empat puluh tahun. Beliau telah mengajar di sekolah saya semenjak tahun 1983.

Cikgu Tukiman berbadan tegap. Tingginya 1.7 m. Beliau berasal dari negeri Kelantan Darul Naim. Cikgu Tukiman seorang guru yang berdedikasi, peramah dan suka berjenaka dengan murid-murid. Walau bagaimanapun, semasa beliau mengajar, semua murid memberi perhatian dengan bersungguh-sungguh.

Cikgu Tukiman telah mengajar Bahasa Melayu di kelas saya semenjak tahun lalu. Beliau selalu menggalakkan kami supaya membaca suratkhabar, buku cerita dan majalah. Setiap minggu, kami dikehendaki bercerita tentang buku-buku cerita yang kami telah baca.

Pelajaran yang disampaikan oleh Cikgu Tukiman sungguh menarik. Beliau suka menggunakan bahan-bahan yang terdapat dalam suratkhabar untuk mengajar kami. Dalam peperiksaan penggal lalu, kelas kami telah mencapai keputusan yang cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

Jasa Cikgu Tukiman akan saya kenang selama-lamanya. Saya berdoa agar beliau sentiasa sihat dan bahagia.
Back to Top