-->

Type something and hit enter

Translate


On
Contoh Karangan Keperihalan UPSR

Mata Pelajaran yang Paling Saya Minati

Rangka Karangan

Permulaan:
mata pelajaran yang paling saya minati

Isi:
1. Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan kita
2. Bahasa Melayu ialah bahasa pengantar di sekolah

Penutup:
cintai bahasa kebangsaan kita

Di sekolah terdapat berbagai-bagai jenis mata pelajaran. Antaranya ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan sebagainya. Setiap murid diwajibkan mempelajari semua mata pelajaran itu. Walau bagaimanapun, mata pelajaran yang paling saya minati ialah Bahasa Melayu.

Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan kita. Bahasa Melayu ialah alat perhubungan di kalangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum. Melalui Bahasa Melayu, kita dapat memahami kepercayaan, adat resam dan perasaan kaum lain.

Bahasa Melayu ialah bahasa pengantar di sekolah. Semua mata pelajaran disampaikan dalam bahasa Melayu. Sekiranya seseorang murid lemah dalam bahasa Melayu, dia mungkin akan ketinggalan dalam pelajaran. Dengan menguasai bahasa Melayu, saya dapat membaca berjenis-jenis bahan bacaan seperti cerpen, majalah dan suratkhabar. Oleh itu, pengetahuan saya akan bertambah.

Sebagai warganegara yang taat setia, kita mestilah mencintai bahasa kebangsaan kita. Saya akan belajar dengan bersungguh-sungguh supaya dapat menguasai bahasa Melayu dengan baik.
Back to Top