-->

Type something and hit enter

Translate


On
Contoh Karangan Autobiografi UPSR

Saya Seorang Penternak Ayam

Rangka Karangan

Permulaan:
berasal daripada keluarga miskin, bekerja sebagai penternak ayam

Isi:
1. bekerja dari pagi hingga petang, kerja memungut telur ayam bukanlah mudah
2. kerja membersihkan reban ayam

Penutup:
memeriksa bekas-bekas makanan di setiap reban, pulang ke rumah menjelang waktu senja

Saya berasal daripada sebuah keluarga yang miskin. Saya terpaksa berhenti sekolah selepas tamat sekolah rendah. Melalui pertolongan seorang jiran, saya dapat bekerja sebagai ponternak ayam di sebuah tempat ternakan ayam yang berhampiran dengan rumah saya.

Saya bekerja dari pukul 7.00 pagi hingga pukul 6.00 petang. Di sini, ayam dipelihara secara besar-besaran. Terdapat dua jenis ayam yang dipelihara, iaitu ayam telur dan ayam daging. Tiap-tiap pagi, saya dan dua orang rakan akan memungut telur ayam. Kerja memungut telur ayam bukanlah mudah. Kami terpaksa beralih dari sebuah reban ayam ke sebuah reban yang lain. Ini kerana tempat ini mempunyai lebih kurang 500 buah reban ayam.

Selepas selesai memungut telur-telur ayam, kami mumbersihkan reban-reban ayam pula. Kami membersihkan reban-reban ayam sebanyak dua kali sehari, iaitu pada waktu pagi dan petang. Selepas membersihkan reban-reban ayam, kami membubuh abuk-abuk papan dan kapur di bawah reban ayam.

Saya dan rakan-rakan juga memeriksa bekas-bekas makanan di setiap reban. Kami mengisikan makanan dan air yang bersih. Waktu rehat kami ialah pada pukul 12.00 tengah hari. Selepas berehat selama sejam, kami meneruskan pekerjaan. Kami hanya dibenarkan pulang ke rumah menjelang waktu senja.
Back to Top