-->

Type something and hit enter

Translate


On
Teknik Mengarang UPSR - Karangan Jenis Dialog / Temu Ramah / Perbualan / Wawancara
  • terbahagi kepada dua jenis
    • dialog dan perbualan ( lebih berkisar kepada persoalan biasa seperti bertanya khaba r dan perbualan menerusi telefon.)
    • wawancara dan temu ramah  ( lebih kepada perbualan rasmi, pertanyaan kepada orang yang lebih dihormati , atau ingin tahu tahu sesuatu perkara )
  • seperti jenis karangan lain, karangan jenis ini juga mempunyai tajuk / topik yang utama
  • setiap karangan ini mempunyai sekurang -kurangnya dua watak atau lebih
  • sebelum memulakan karangan boleh disertakan keterangan tetapi janganlah terlalu panjang.

Lihat contoh :
Abu diminta oleh guru kelas menemu ramah Guru Besar sebe lum beliau bersara. Hasil temu ramah itu akan dimuatkan di dalam majalah sekolah. Berikut merupakan hasil temu ramah tersebut.

Format karangan ini
nama watak ditulis selari di sebelah kiri
selepas nama watak dibubuh tanda titik bertindih ( : ) juga dalam keadaan selari
contoh :
Nama A    :   Assalamualaikum, Makcik.
Nama B    :   Waalaikummussalam
Nama A    :   Apa khabar Makcik ?
Nama B    :
  • Mulakan perbualan dengan salam sejahtera
  • anda perlu menggunakan kata ganti nama diri yang sesuai. Jika orang yang dibawa berbual itu berumur gunakan panggilan ”Encik…, ”Tuan…, ataupun ”Makcik…
  • pastikan anda tahu tentang hal atau perkara yang akan kita tulis untuk bahan temuramah / dialog.
  • boleh gunakan bahasa kiasan atau peribahasa dan kata singkatan seperti ’tak“ , ’dah“
  • soalan yang dikemukakan adalah ringkas , tidak rumit dan berbelit-belit. Dalam dialog itu, kedua- dua pihak harus bertanya, memberi pendapat atau pandangan.
  • Jawapan yang diberi kepada soalan adalah panjang lebar
  • elakkan penggunaan soalan yang cuma memerlukan jawapan ”ya… atau ”tidak…. soalan-soalan disusun dengan baik supaya terus berkesinambungan.
  • kawal jumlah perkataan yang digunakan ( lebih kurang 80 patah perkataan )
  • tanda baca yang digunakan harus sesuai dengan nada percakapan. Hati -hati dengan ayat tanya kerana ia berakhir dengan tanda tanya. ( ? )
  • mesti di tulis mengikut format ( terpesong format , tolak 3 markah )
  • soalan yang diikuti dengan jawapan lengkap di beri markah penuh
  • Akhiri perbualan dengan mengucapkan terima kasih kepada yang ditemuramah. 
TAJUK
Andaikan bahawa anda menyertai pertandingan syarahan.Dalam pertandingan itu anda telah mendapat tempat kedua.Anda telah dikalahkan oleh peserta bukan melayu.Anda ingin mengucapkan tahniah dan menyatakan perasaan kagum anda akan kebolehannya.Tulislah dialog anda selengkapnya.

RANGKA

PENDAHULUAN        
mengucapkan tahniah

ISI
a)Siva berharap agar kejayaannya memberi semangat kepada pelajar bukan melayu yamg lain untuk mempelajari bahasa melayu.
b)menyatakan perasaan kagum -bertanya tentang cara dia mempelajari bahasa melayu
c)Siva menyatakan cara dia mempelajari bahasa melayu.

PENUTUP
Siva memberikan dorongan agar sama -sama menguasai bahasa kebangsaan

KARANGAN
( Siva sedang asyik membaca sebuah buku cerita di perpustakaan sekolah )

Azman :  Tahniah,Siva,kerana kamu berjaya dalam pertandingan syarahan itu.

Siva     :  Terima kasih.Saya berharap supaya kejayaan ini akan menaikkan semangat pelajar -pelajar bukan Melayu yang lain untuk mempelajari Bahasa Melayu.

Azman :  Saya kagum melihat kamu bersyarah pada hari ini.Setiap perkataan yang awak ucapkan jelas dan lancar.Bagaimanakah cara kamu mempelajari bahasa melayu ?

Siva     :  Keluarga saya menggalakkan saya membaca buku -buku bahasa melayu yang bermutu .Di samping itu,saya mempelajari  tatabahasa dengan baik.Saya selalu membuka kamus untuk mempelajari ejaan dan makna kata -kata yang saya baca. Saya melatih diri saya menggunakan bahasa baku apabila membaca atau bercakap.

Azman :  Kalau begitu ,tidak hairanlah saya apabila kamu berjaya mengalahkan saya dan beberapa pelajar Melayu yang lain dalam pertandingan itu.Saya malu, Siva.
Siva     :  Mengapa ?

Azman :  Selama ini saya menganggap Bahasa Melayu sebagai bahasa yang mudah kerana itu adalah bahasa ibunda saya. Rupa -rupanya saya silap.

Siva     :  Baguslah,Azman,kalau kamu sudah sedar.Sama -samalah kita belajar menguasai bahasa kebangsaan negara kita

Azman :  Ya, baiklah, Siva...


    Back to Top