-->

Type something and hit enter

Translate


On
Contoh Karangan UPSR -
Tajuk : Kawan kamu telah kehilangan duit. Dia suka menuduh orang lain tanpa usul periksa. Bagaimanakah cara kamu menasihatinya ? Tuliskan perbualan di antara kamu berdua.

( Kamu dan Azma berada di sudut kantin sekolah )

Malim   :  Mengapa kamu bermuram saja, Azma ? Apakah kamu ada masalah ?

Azma   :  Duit saya sebanyak sepuluh ringgit telah hilang Malim.

Malim   :  Macam mana boleh hilang ?

Azma   :  Saya letakkan dalam beg. Balik dari rehat sahaja duit dah tak ada. Saya syak Tahir yang curi,sebab waktu rehat dia tak keluar.

Malim   :  Bukankah cikgu selalu menasihati agar duit jangan ditinggalkan dalam beg. Sekarang sudah hilang, mengapa pula menuduh tanpa usul periksa ?
Azma   :  Jika bukan Tahir, siapa lagi ? Saya pasti memang Tahir! Dia dengkikan saya!

Malim   :  Jangan sesekali serkap jarang. Jika bukan dia, bagaimana kita mahu tutup muka kita ? Baik kita jumpa Cikgu Zaidi. Guru disiplin itu boleh membantu kita.

Azma   :  Betul juga kata kamu, Malim. Saya berasa bangga mendapat kawan  macam kamu.
Back to Top