-->

Type something and hit enter

Translate


On
Contoh Karangan Keperihalan UPSR

Keluarga Saya

Rangka Karangan

Permulaan:
keluarga saya terdiri daripada empat orang

Isi:
1. pekerjaan bapa saya dan butir-butir dirinya
2. emak saya seorang suri rumahtangga
3. abang saya sedang belajar di sebuah sekolah menengah

Penutup:
selalu bersyukur kerana mempunyai sebuah keluarga yang aman dan bahagia

Keluarga saya terdiri daripada empat orang, iaitu bapa, emak, abang dan saya sendiri. Datuk dan nenek tidak tinggal bersama-sama kami.

Bapa saya seorang guru. Dia mengajar di Sekolah Menengah Tun Perak, Ipoh, Perak Darul Ridzuan. Dia berkelulusan universiti. Dia seorang yang periang dan suka bergurau senda dengan kami. Saya dan abang selalu meminta nasihat bapa apabila menghadapi kesulitan dalam pelajaran.

Emak saya seorang suri rumahtangga. Dia bekas seorang kerani di Jabatan Imigresen. Dia berhenti kerja apabila saya mula memasuki sekolah. Dia selalu menyediakan makanan yang lazat untuk kami. Dia selalu menjaga kebersihan di rumah. Oleh sebab itu, rumah kami sentiasa kemas dan teratur.

Abang saya sedang belajar di sebuah sekolah menengah di Ipoh. Dia akan mengambil peperiksaan SPM pada akhir tahun ini. Dia bukan sahaja rajin belajar, tetapi juga aktif dalam sukan dan permainan. Pada tahun lalu, dia mewakili sekolahnya dalam pertandingan badminton peringkat daerah.

Saya bersyukur kerana mempunyai sebuah keluarga yang aman dan bahagia. Saya akan belajar dengan tekun supaya dapat membalas jasa baik ibu bapa saya.
Back to Top