-->

Type something and hit enter

Translate


On
Conoth Karangan UPSR

Bapa kamu telah membawa kamu memancing ikan di tepi sebatang sungai.
Ceritakan pengalaman kamu itu.
Memancing ikan di tepi sebatang sungai
Pada hari Ahad yang lalu, bapa membawa saya memancing ikan di sebatang sungai. Sungai itu berdekatan dengan rumah kami. Kami telah menyediakan peralatan memancing seperti joran, umpan, mata kail dan sebagainya.

Selepas itu, kami mengayuh basikal ke destinasi. Apabila tiba di tepi sungai, kami mencari suatu tempat yang sesuai. Kami duduk di bawah sebatang pokok yang rendang. Selepas memasang umpan, kami pun mula memancing ikan dengan sabar.

Tiba-tiba, joran saya bergerak dengan kuat. Bapa menolong saya menarik joran itu. Saya berasa sangat gembira kerana mendapat seekor ikan yang besar. Pada petang itu, kami berjaya mendapat lapan ekor ikan.

Pada waktu senja, kami pun pulang ke rumah. Ibu telah memasak kari ikan untuk kami sekeluarga. Saya berasa gembira pada hari itu kerana telah memperluaskan pengalaman hidup saya.

Kosa Kata :
1. destinasi = tempat yang hendak dituju
2. gembira = riang
3. menyediakan = melengkapkan
4. pengalaman = apa yang telah dialami, dirasai
5. umpan = perangkap

Latihan 3 :
Kamu telah menyertai perkhemahan di pinggir hutan yang dianjurkan oleh pasukan pengakap sekolah kamu. Ceritakan pengalaman kamu itu.
* Rujuk buku teks halaman ke-14

Rangka Karangan :
Pendahuluan :
- cuti sekolah - pasukan pengakap sekolah - berkhemah - menyertai - diketuai

Isi 1 :
- tiba - tapak perkhemahan - dibahagikan - menjalankan tugas - bekerjasama

Isi 2 :
- waktu senja - memasak - siap - menikmati - duduk beramai-ramai - mengelilingi - unggun api - dinyalakan - menyanyi - menari - larut malam

Penutup :
- pagi - mengemaskan - berangkat - rumah - gembira - berpeluang - aktiviti

Back to Top