-->

Type something and hit enter

Translate


On
Contoh Karangan UPSR - Menolong Orang Tua Melintas Jalan Raya

Setelah sekolah bersurai, Joshua pun menunggu bas untuk pulang ke rumah. Pada masa itu keadaan lalu lintas di jalan raya itu sangat sibuk. Kenderaan-kenderaan di situ bertali arus.

Ketika itu Joshua nampak seorang lelaki tua berdiri di tepi jalan raya. Orang tua itu memandang ke kiri dan ke kanan untuk melintas. Tetapi malangnya, kenderaan-kenderaan berulang-alik di situ tanpa berhenti-henti. Dia kelihatan agak penat dan lemah. Dia tidak berani melintas sebab penglihatannya kurang baik dan dia tidak boleh beijalan cepat.

Melihat keadaan ini, Joshua pun berjalan menghampirinya. Dia ingin menolong orang tua itu melintas jalan raya. Joshua memapah dan membimbing tangan orang tua itu untuk membawanya ke seberang jalan raya. Selepas itu, orang tua itu tersenyum sambil mengucapkan terima kasih kepada Joshua.

Joshua berasa amat gembira kerana dapat menolong seorang tua yang sangat memerlukan pertolongan.
Back to Top